Friday, 18 November 2016

Jangan Bersedih Kerana Allah Sentiasa Bersamamu



Ada satu hari tu, saya terkejar-kejar  ke sana ke mari.Pada petang hari tu,saya terkunci bilik dari dalam.Pada  masa yang sama, kunci bilik saya dan roommate ada dalam bilik.Maksudnya, dua-dua tak dapat masuk bilik.Waktu tu saya nak cepat, nak hantar makanan pada kawan.Saya ingatkan roommate saya bawak kunci spare dia, jadi saya tak kisah sangat.Dalam perjalanan balik, saya dapat call dari roommate tanya mana kunci dia.Alahai, waktu tu risau dah sebab saya  tinggalkan kunci bilik dia  dalam bilik.Risau tak dapat masuk bilik hari tu dan pada masa yang sama kesian pada roommate.

Saya letak call dan hidupkan enjin moto, bergegas ke pejabat kolej untuk cari kunci bilik.Sebelum motor bergerak,tetiba,”pup”  bunyi handphone jatuh ke atas jalan tar.Alahai,remuknya hati.Dah la handphone mak cik bagi.Habis screen phone retak.Saya redha je.Kemudian saya nak cari kunci di pejabat kolej, tapi pejabat kolej tutup.Telefon pak cik pejabat, tak angkat.Alahai, macam mana nak masuk bilik.Kemudian balik la bilik cuba nasib dengan ambik kunci melalui tingkap.Mananya nak sampai,jauh tu.Mujur jumpa seorang kakak ni, dia pakar bukak pintu bilik yang terkunci. Alhamdulillah,dapat tidur di bilik sendiri malam tu.

Selepas dapat bukak pintu bilik ,saya keluar semula sebab ada hal.Fikiran saya dah tak dapat fokus dah.Rasa penat sangat hari tu.Ketika bawak motor, ada kereta  nak masuk simpang tak bagi signal.Biasalah kan , motor suka potong kenderaan sebelah kiri jalan.Saya nak potong kereta tu, tetiba kereta tu belok ke kiri, terkejut saya,cepat- cepat saya elak.Alhamdullilah,selamat walaupun kereta tu sempat langgar belakang motor saya.Alhamdulillah, saya rasa pertolongan Allah pada waktu tu, saya rasa bersyukur sangat tak jadi apa-apa, motor pun baik-baik saje.Saya balik bilik dalam keadaan yang sangat penat.Fikiran saya berserabut.Rasa macam nak menangis.Bukan rasa, dah menangis pun.Macam-macam kejadian berlaku pada hari yang sama.Selepas solat, refleks balik saya buat salah apa hari tu.Pada masa yang sama, saya positifkan diri”mesti ada hikmahnya semua ni”.Baru sikit ujiannya.Orang lain , lagi berat ujian yang mereka perlu hadapi.

Nak dijadikan cerita, tahun 2016 ini adalah tahun yang mencabar bagi saya. Deretan dari peristiwa itu, saya kemudian berpeluang ke konvensyen usahawan online Malaysia.Tak pernah terlibat dalam perniagaan, tetiba gedik nak pergi konvensyen tu.Dari tak nak meniaga semasa belajar, tetiba berubah fikiran untuk meniaga semasa belajar.Dari buat keputusan nak jual produk lain, tetiba buat keputusan nak jual Shaklee.Dari tak kenal Shaklee, sekarang sudah jatuh cinta dengan Shaklee.Dari malu-malu nak post di facebook, kini hari-hari post di facebook.

Moment-moment saya sebelum berniaga Shaklee adalah moment yang paling hebat yang pernah saya rasa.Bukan senang untuk dapat rasa pengalaman seperti ini.Pengalaman baru  bagi saya.Saya rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang guru yang baik, yang ikhlas konsikan ilmu dan rezeki yang dia ada. Dengan segala perkongsian yang diberi, buatkan saya rasa kuat dalam Shaklee ni, seperti ada harapan baru bagi saya.

Detik saya mengenali Shaklee adalah semasa di konvensyen usahawan tersebut.First, saya mula dengar nama Shaklee dari kawan saya di konvensyen itu jugak.Second, saya dengar nama Shaklee dari guru saya.Guru saya dijemput ke hadapan pentas waktu tu untuk kongsikan kejayaan dia dalam perniagaan.Semasa konvensyen tersebut tamat, saya tanpa sengaja pergi ke guru, dan tanyakan dia soalan tapi bukan pasal Shaklee.Entah macam mana, saya buat keputusan untuk meniaga Shaklee sedangkan sebelum tu saya sudah decide nak jual produk lain. 


Semuanya Allah dah aturkan.Dari diri kita sendiri, kita perlu alihkan fikiran kita ke arah yang positif bagi setiap sesuatu perkara yang datang pada kita.Jangan salahkan takdir dan yakinlah Allah sayangkan kita.Allah dengar setiap doa kita.




Jiji's Life As Student : 7 Sebab Kenapa Saya PIlih Bisnes Shaklee Online

Jiji's Life As Student : 7 Sebab Kenapa Saya PIlih Bisnes Shaklee Online: Sebelum ni tak kenal sangat pun Shaklee, ingatkan Shaklee ni produk kecantikan je.Lepas kaji tentang Shaklee ni baru saya tahu, Shaklee ni ...

Thursday, 17 November 2016

7 Sebab Kenapa Saya PIlih Bisnes Shaklee Online

Sebelum ni tak kenal sangat pun Shaklee, ingatkan Shaklee ni produk kecantikan je.Lepas kaji tentang Shaklee ni baru saya tahu, Shaklee ni merupakan syarikat yang menjual produk untuk menyelesaikan banyak masalah kesihatan.Setiap produk yang masuk ke dalam botol Shaklee direka untuk  meningkatkan kesihatan, berfungsi tanpa kompromi dan mesra Alam.Jadi, apa sebab saya betul-betul berminat nak meniaga Shaklee online ni?

1.Produk Shaklee sentiasa selamat

Produk Shaklee tiada Klorin Bleach,tiada pewarna, tiada pemanis tiruan, tiada asid hidroklorik,tiada MSG,tiada ammonia dan banyak lagi.Saintis Shaklee mencari di seluruh dunia untuk mendapatakan sumber bahan-bahan semulajadi yang terbaik.Shaklee juga  menjalankan lebih 80 000 ujian kualiti setiap tahun.


Produk Shaklee selamat digunakan

2.Produk Shaklee sentiasa berkesan

Saya perhati je orang yang mengamalkan Shaklee.Saya ada tanya seorang kakak ni, dia menggunakan Shaklee sejak dia zaman belajar lagi.”Akak umur berapa?”  dan dia jawab umurnya dah 30 lebih.Mak ai, saya terkejut, sebab ingatkan umur dia masih 20-an.Comel je orangnya.Kulit pun cantik.Anak-anak pun comel-comel.Selain tu, banyak testimoni  tentang keberkesanan Shaklee.Sebelum ni,ada pesakit yang hadapi diabetis. Selepas mengamalkan Shaklee,alhamdulillah sekarang dia sudah pulih.Ada yang hadapi masalah kulit,akhirnya kulit jadi berseri –seri.Ada yang mempunyai masalah dalam pelajaran, setelah amalkannya,alhamdulillah membantu.Yang bestnya Shaklee ni, dia ada landmark study.Hasil kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil supplemen makanan Shaklee mempunyai kesihatan yang lebih ketara berbanding mereka yang mengambil multivitamin tunggal atau tidak mengambil supplemen langsung.Yang pasti keberkesanan Shaklee ada bukti saintifik dan klinikal.Terdapat 100 laporan saintifik yang telah diterbitkan oleh Shaklee.


Landmark study Shaklee


3.Produk Shaklee sentiasa Mesra alam

Shaklee memimpin gerakan alam sekitar melalui teladan. Dr Forrest C. Shaklee menubuhkan syarikat ni berdasarkan pada prinsip Hidup Berharmoni Dengan Alam Semula Jadi.Diasaskan pada tahun 1956,Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang memperolehi pensijilan”climate neutral” dan mengimbangi sepenuhnya pembebasan karbon dioksida dan ia menghasilkan impak sifar ke atas alam sekitar.


4.Produk Shaklee terkenal

Untuk menjual Shaklee , tidak perlu bersusah payah untuk membangunkan jenama, kerana sudah ramai yang kenal Shaklee. Selepas saya buat iklan di facebook, ramai jugak la kawan yang tegur saya dan sebut tentang Shaklee.Ada jugak kawan saya yang guna Shaklee, dia kata bagus Shaklee ni, dia  ikhtiar menggunakan Shaklee ni  bagi membantu masalah dalam pelajaran.Banyak feedback positif tentang Shaklee ni.Bukan calang-calang orang guna Shaklee ni, angkasawan pun guna produk Shaklee ni tau. Shaklee menghasilkan dan membekalkan AstroAde-minuman penghidratan khas untuk para angkasawan Shuttle.



5.Manfaat sebagai pengedar Shaklee

Selain mendapat keuntungan dari  untung runcit,Shaklee juga  memberikan bonus setiap bulan.Selain itu,apabila dah capai  tahap supervisor, kita berpeluang mengikuti program konvensyen Shaklee, di mana ia menawarkan latihan, motivasi, pengiktirafan, melancong, buat umrah dan sebagainya.


6.Mendapat bimbingan dalam perniagaan Shaklee

Setelah saya menjadi pengedar Shaklee, saya mendapat bimbingan dalam perniagaan dan selalu diberi bahan, motivasi, galakan dan banyak lagi.Saya berada dalam Team SuperStar Shaklee di bawah bimbingan Master Salwa.Boleh dikatakan, setiap hari saya mendapat bimbingan dalam Team SuperStar Shaklee ni.Terima kasih saya ucapkan Team SuperStar Shaklee


7.Saya guna ,saya jual

Serius saya sukakan Shaklee.Sebelum ni saya mudah sangat mengantuk.Setelah guna B-complex , pukul 2 pagi pun saya tahan lagi tak tidur .Saya juga gunakan Vitalea untuk bekalkan nutrien yang cukup dalam badan dan untuk kecerdasan otak. Esp rasanya sedap diperbuat daripada soya non-gmo,elok untuk ibu mengandung, elakkan kanser dan sebaganyai.Vitamin C pula untuk tingkatkan imunisasi badan, elok juga untuk kulit.Banyak lagi sebenarnya.Jadi, saya jual produk Shaklee ni untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan.


Berkesan,selamat dan mesra alam


Tuesday, 15 November 2016

Hadiahkan Vivix Untuk Mak Ayah

Assalamualaikum...Setakat ni saya masih belum belikan supplimen untuk orang yang paling saya sayang iaitu mak ayah saya.Saya masih baru dalam perniagaan Shaklee.Jika ada rezeki, saya ingin belikan mak ayah saya Vivix Shaklee.Vivix Shaklee adalah supplemen yang paling mahal dalam Shaklee iaitu lebih kurang lima ratus ringgit bagi satu botol.Namun keberkesanan Vivix memang tidak dapat disangkal, memang amat mujarab.

Antara kelebihan Vivix ni adalah sebagai supplemen anti-penuaan.Jadi sesiapa yang  tak nak kulitnya mudah kedut dengan peningkatan usia, Vivix adalah pilihan yang terbaik.Selain itu,Vivix membantu mengelakkan kanser dan merencatkan sel kanser dari menjadi semakin serius.Bagi sesiapa yang ada penyakit jantung,kencing manis,sakit sendi boleh la mula untuk amalkan Vivix.Walaupun Vivix ni mahal,namun kesan penggunaan Vivix ni amat menakjubkan.Vivix juga dapat merawat azhameir,strok dan banyak lagi.

Jadi, saya nak sangat mak ayah saya amalkan supaya mak ayah saya kekal sihat sehingga tua.Biarlah mak ayah saya kelihatan bertenaga , ceria dan dapat melakukan amal ibadat dengan sempurna.



Vivix terbaik untuk kesihatan
 

Kelebihan Vitamin B Complex Shaklee Untuk Pelajar





Pelajar tidak dapat lari dari tekanan.Berbagai benda yang bersarang di minda.Mana nak kena selesaikan assignment, ulang kaji pelajaran, test, exam,aktiviti kolej lagi, aktiviti universiti lagi dan bermacam-macam.Sehinggakan kadang-kadang menyebabkan pelajar hilang daya tumpuan.Susah untuk fokus dalam sesuatu perkara.Jadi,bagaimana untuk mengatasi masalah ini?




Jadi, pelajar digalakkan menggunakan vitamin B kompleks secara konsisten.Vitamin B kompleks ini terdiri daripada Vitamin B1 (thiamin),Vitamin B2 (riboflavin), Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5 (asam pantotenat) ,Vitamin B6 (piridoksal) ,Vitamin B7 (biotin), Vitamin B9 (folic acid)  dan Vitamin B12 (cobalamin).Vitamin ini tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan, ia boleh didapati daripada sumber makanan.Pelajar sebolehnya setiap hari perlu makan vitamin B untuk kesihatan badan.


Antara kelebihan vitamin B adalah membantu menghasilkan tenaga.Vitamin B diperlukan oleh badan kita untuk menukar karbohidrat dari makanan yang kita makan menjadi glukosa.Jadi,Vitamin B ni amat baik untuk ditelan selepas makan.Selain dapat membantu menghasilkan tenaga, Vitamin B kompleks ini juga dapat mengatasi masalah badan lesu dan mudah rasa penat.Seterusnya, tabiat suka tidur juga dapat dikurangkan.Tidak elok tau tidur secara berlebihan.


Selain itu, vitamin B penting untuk sistem saraf yang sihat.Vitamin B1,B6 dan B12 memainkan peranan penting bagi memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik.Kasihan sistem saraf kita jika kita tidak cukup vitamin B ni.Jika kekurangan vitamin B kompleks, gejala seperti kekejangan otot, murung,pening akan mudah berlaku.


Seterusnya ,bagi mereka yang mempunyai stress elok sangatlah makan vitamin B kerana vitamin B dapat mengoptimakan fungsi saraf pada tubuh.Vitamin B ini mengubati neurotransmitter iaitu sel  yang berhubung dengan otak manusia.Bagi mereka yang ingin menghadapi exam,amat baik untuk amalkan makan vitamin B.


Vitamin B ini diperoleh daripada makanan seperti bayam,asparagus,terong,sawi hijau dan sebagainya.Jika rasa malas nak makan sayur,eloklah gunakan vitamin B Kompleks Shaklee ni.Vitamin B Kompleks Shaklee ini amat selamat untuk dimakan,sangat berkesan dan halal.


                                        

Whatsapps saya ke  017-2800727(najimah) untuk membeli B-kompleks Shaklee


Whatsapps saya ke  017-2800727(najimah) untuk membeli B-kompleks Shaklee


 Whatsapps saya ke 017-2800727(najimah) untuk membeli B-kompleks Shaklee




Monday, 14 November 2016

Kepentingan Perpustakaan Kepada Pelajar Di Universiti

Setiap orang mempunyai citarasa sendiri dalam memilih tempat mengulangkaji.Ada orang suka mengulangkaji di tempat orang ramai, ada orang suka mengulangkaji di tempat yang sunyi.Oleh itu, suasana belajar yang berkesan hanya dapat ditentukan oleh pelajar itu sendiri.

Jika anda tanya saya soalan sebegini"di mana ye tempat paling best untuk ulang kaji?' jawapan saya sudah tentu di perpustakaan.Kenapa saya katakan perpustakaan?Kerana terdapat banyak kelebihan perpustakaan berbanding tempat-tempat lain.Antaranya:

1.Perpustakaan suasananya lebih tenang
Suhu di perpustakaan tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.Jadi pelajar dapat mengulangkaji dengan lebih tenang.Selain itu, keadaan di perpustakaan tidak serabut.Lebih tersusun dan teratur. Seterusnya,suasana di perpustakaan tidak terlalu bising, jadi mudah bagi pelajar untuk fokus ketika mengulangkaji

2.Di perpustakaan ada aura belajar
Hal ini demikian kerana ramai orang yang nak belajar datang ke perpustakaan.Apabila kita lihat orang sekeliling kita belajar,secara automatik semangat kita untuk belajar turut datang.Tambahan di perpustakaan terdapat banyak buku.Apabila kita dikelilingi buku, aura belajar tu pasti datang

3.Perpustakaan adalah tempat yang paling sesuai bagi mereka yang mudah mengantuk ketika belajar
Di perpustakaan tiada katil.Kalau anda mengulangkaji di bilik,anda nampak katil.Kalau rasa mengantuk sikit,terus anda baring.Kalau baring sekejap tu tak apa, tapi kalau dah sampai berjam-jam,bukan ke itu merana.


Jadi, itula serba sedikit pendapat saya tentang perpustakaan.Jika ada masa senggang,manfaatkanlah masa tersebut untuk mengulang kaji.Jika tiada semangat untuk mengulangkaji, datang la ke perpustakaan,in syaa Allah, aura positif tu akan datang.



Perpustakaan sebagai sumber ilmu

Suasana pembelajaran yang lebih kondusif


Sunday, 13 November 2016

Mak Ayah Pendorong Utama Kejayaan Kita


Saya dilahirkan dalam keluarga sederhana.Mak ayah bekerja sebagai penoreh getah.Biasa la, kalau kerja menoreh ni gajinya tak menentu.Kadang-kadang nak dapat RM 800 sebulan pun susah.Bergantung pada harga getah pasaran, cuaca dan keadaan pokok getah.

Namun mak ayah ni tabah,mereka kerja kuat untuk berikan kesenangan pada anak-anak.Mak ayah sentiasa ingin menyenangkan kami adik -beradik.Tidak pernah kami adik-beradik terabai dalam pelajaran.Walaupun kadang-kadang mereka kekurangan duit, namun mereka akan pastikan duit cukup untuk bayar yuran sekolah,yuran asrama dan yuran pengajian.Kalau kami nak beli buku rujukan, mak ayah akan kasi duit.Mereka tidak pernah berkira kalau kami mintak duit untuk pelajaran.Saya tahu mak ayah sangat harapkan kejayaan kami adik beradik dalam pelajaran.

Walaupun saya inginkan hidup yang senang,tapi dalam hati saya rasa bersyukur kerana mak ayah saya kerja kampung.Sekurang-kurangnya, mereka banyak luangkan masa bersama kami.Duit tak dapat beli rasa bahagia.Biarlah makan tak seberapa, asalkan hidup rasa tenang dan tidak serabut dengan banyak masalah.

Alhamdulillah,saya juga rasa bersyukur kerana dikurniakan mak ayah yang menitikberatkan hal agama.Sewaktu saya kecil, mereka memang tegas bab solat.Sewaktu saya umur 7 tahun, saya dah kena solat .Kalau tak solat, siap la rotan menanti.Biasa la kanak-kanak kan, bukannya rajin nak solat.Waktu mak ayah angkat rotan baru la lari nak pergi solat.Selagi tak nampak saya solat, selagi tu la mak ayah akan bising .Kadang -kadang, ada jugak menipu mak ayah kata dah solat.Serius, saya memang nakal waktu kecil.Suka buat perangai.Suka buat mak ayah marah.Namun kini,saya sudah sedar.Saya rasa bersyukur sebab mak ayah bersikap tegas dengan saya sewaktu kecil.

Ayah mencari rezeki dengan menoreh getah.Terima kasih ayah


Masih saya ingat dimana mak aku  belikan beg pakaian beroda semasa di Langkawi.Aku tanya mak, "mak nak buat apa beli beg besar n?".Mak saya cakap,"nanti boleh la ji guna bila masuk universiti".Waktu tu saya baru habis tingkatan 5,keputusan SPM pun masih belum keluar.Waktu tu hati saya masih yakin tak yakin dapat masuk ke universiti.Bila mak cakap macam tu, aku cuma balas "mak doakan ji ye supaya ji dapat belajar di universiti".Alhamdulillah,doa mak dikabulkan.Aku berjaya melanjutkan pelajaran ke Program Asasi Sains Pertanian,Universiti Putra Malaysia.Saya nampak, begitu besar harapan mak ayah untuk saya berjaya.Jadi, saya  perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan saya berjaya dan saya dapat membahagiakan mak ayah.Moga mak ayah bila dah tua nanti tak perlu lagi bekerja.Biar ji yang sara mak ayah pulak.Moga anakmu ini menjadi anak yang berguna.



Mak ayah menemani saya sebelum saya menaiki bas ke Kuala Lumpur













PENGEDAR SHAKLEE UPM, SERDANG DAN SERI KEMBANGAN 013-4750347

Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga UPM , Serdang dan juga Seri Kembangan yang ingin dapatkan produk Shaklee secara COD Boleh hubungi ...