Saturday 16 September 2017

Asad Motawh Senyum Lirik Yang Penuh Makna



Alhamdulillah, bukan senang nak start tulis blog sebenarnya.Malam ni saya ada masa lapang untuk luangkan masa dengan blog.Saya rasa saya sukakan blog ni.Sebab di sini saya dapat tulis apa-apa sahaja yang saya rasa.Luahan hati ini.hihi.Sedang saya tulis ni, saya tengah dengar lagu SENYUM nyanyian As 'ad Motawh.Penyanyi baru yang baru berusia 16 tahun.

Image result for As ad motawh




Bila saya dengar lagu ni kan dia buat saya SENYUM la.haha.Lagu dia juga bila dengar tak de la rasa bosan, bersemangat je rasa bila dengar lagu ni.Sekarang kan jumlah view dia dekat youtube dah hampir mencecah 3 juta tau.Mana taknya, saya sorang je dah berpuluh-puluh view.Saya ulang-ulang dengar lagu ni sambil buat kerja.Kadang-kadang bosan kalau buat kerja ni tak de dengar lagu.Ikut mood la kan.Cuba la dengar pasti tak mengecewakan.

Ni antara lirik SENYUM

Bila kau berduka dan engkau putus asa,
Ku fahami apa yang kau rasa,
Di sini adaku, bukankah aku temanmu,
Yang ku ingin hanyalah senyumanmu,
Biar kegelapan menghilang,
Cahaya kan terus menerangimu,

Let me see you smile, let me see you laugh,
Let your worries go away and never come again,
I wanna smile with you, I wanna laugh with you,
We never know the good that a simple smile can do

Jangan pernah mengalah walau dalam susah,
Kau teruslah melangkah dengan tabah,
Tak pernah kau sendiri ada ku di sini
Kepadanya kau serah diri

Dah la saya ni jarang-jarang senyum, nak kena senyum selalulah selepas ni.Haha.
Saya suka lirik yang 'let your worries go away and never come again'.Tetiba saya teringat, tadi saya terbaca yang mami post tulisan Roy Fadzil.Tulisan dia macam ni

"RISAU itu Memenatkan dan Melemaskan.Malah Turut Membuatkan Diri Jadi MALAS dan Sangat MALAS.

Jika Terus Di Biarkan Perasaan Risau BERMAHARAJALELA Di Dalam Diri, Anda Akan Di Bebani Dengan STRESS Berpanjangan dan Boleh Membawa SAKIT JIWA

RISAU Melemahkan ENERGY.BUNUH Risau Anda Dengan Penuh Rasa SEMANGAT Dan Penuh YAKIN."

Yes, kita kena let worries go away and never come again.Kerana risau itu membunuh masa depan kita.

Ya ALLAH, itu yang dirasai hambaMu ini Ya ALLAH.Diri ini sentiasa dibayangi risau Ya ALLAH, to;ong hambaMu ini Ya ALLAH, agar diri ini hanya takut hanya padaMu bukan yang lain.Tabahkan Hati ini Ya ALLAH.

Setakat itu sahaja, nak tulis pasal lain sebenarnya, tertulis pasal lagu SENYUM pulak.Haha.Saya rasakan sedap jugak bila saya nyanyi lagu SeNYUM ni sebab senang ikut.Nak record audio , nak letak dekat sini.Tapi , tak eloklah.Aurat2.Perempuan.Tak elok mendayu-dayukan suara depan lelaki.


No comments:

PENGEDAR SHAKLEE UPM, SERDANG DAN SERI KEMBANGAN 013-4750347

Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga UPM , Serdang dan juga Seri Kembangan yang ingin dapatkan produk Shaklee secara COD Boleh hubungi ...