Pada tahun 2017, Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Para Asean ke- 9 yang diadakan di Kuala Lumpur.Bukit Jalil menjadi vanue utama bagi kebanyakan sukan .Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa bangga kerana Malaysia berjaya mengadakan acara sebesar ini walaupun tidak sebesar acara sukan Asia, komenwal mahupun sukan Olimpik.Tetapi, bagi saya prasarana dan kemudahan bagi Sukan Para Asean ini sangat memuaskan.Walaupun tidak banyak, tapi saya masih berpeluang pergi ke beberapa Vanue Sukan Sea ke 29 dan juga Sukan Para Asean 2017.Bagi Sukan Para Asean saya hanya sempat pergi Hari Pembukaan sahaja kerana kuliah di universiti telah bermula.
Alhamdulillah, dapat pergi ke Acara Pembukaan Sukan Sea bersama kawan-kawan.Puas jugak kami cari tempat duduk yang strategik.Walaupun tak penuh stadium hari tu, tapi masih susah nak cari tempat duduk sebab kami nak duduk berempat.Kawan-kawan saya ni nak tengok Yuna je.Saya pulak nak tengok bunga api.Hehe.
![]() |
Di Stadium Bukit Jalil |
Suatu kelainan di Pembukaan Sukan Para Asean ini adalah atlit-atlit duduk di bangku yang disediakan di tengah padang.Berbeza dengan Sukan Sea, atlit duduk di tempat penonton.Selain itu,persembahan juga banyak dipersembahkan oleh orang kurang upaya.Rasa bangga dengan mereka
.
![]() |
Tempat duduk atlit di tempat persembahan |
Acara yang dinantikan saya iaitu acara percikan bunga api.Bagi saya, saya rasa percikan bunga api bagi pembukaan Sukan Para Asean lagi cantik berbanding Pembukaan Sukan Sea 2017.
![]() |
Percikan Bunga Api |
![]() |
Kawan-kawan Asasi |
No comments:
Post a Comment