Sunday 13 November 2016

Mak Ayah Pendorong Utama Kejayaan Kita


Saya dilahirkan dalam keluarga sederhana.Mak ayah bekerja sebagai penoreh getah.Biasa la, kalau kerja menoreh ni gajinya tak menentu.Kadang-kadang nak dapat RM 800 sebulan pun susah.Bergantung pada harga getah pasaran, cuaca dan keadaan pokok getah.

Namun mak ayah ni tabah,mereka kerja kuat untuk berikan kesenangan pada anak-anak.Mak ayah sentiasa ingin menyenangkan kami adik -beradik.Tidak pernah kami adik-beradik terabai dalam pelajaran.Walaupun kadang-kadang mereka kekurangan duit, namun mereka akan pastikan duit cukup untuk bayar yuran sekolah,yuran asrama dan yuran pengajian.Kalau kami nak beli buku rujukan, mak ayah akan kasi duit.Mereka tidak pernah berkira kalau kami mintak duit untuk pelajaran.Saya tahu mak ayah sangat harapkan kejayaan kami adik beradik dalam pelajaran.

Walaupun saya inginkan hidup yang senang,tapi dalam hati saya rasa bersyukur kerana mak ayah saya kerja kampung.Sekurang-kurangnya, mereka banyak luangkan masa bersama kami.Duit tak dapat beli rasa bahagia.Biarlah makan tak seberapa, asalkan hidup rasa tenang dan tidak serabut dengan banyak masalah.

Alhamdulillah,saya juga rasa bersyukur kerana dikurniakan mak ayah yang menitikberatkan hal agama.Sewaktu saya kecil, mereka memang tegas bab solat.Sewaktu saya umur 7 tahun, saya dah kena solat .Kalau tak solat, siap la rotan menanti.Biasa la kanak-kanak kan, bukannya rajin nak solat.Waktu mak ayah angkat rotan baru la lari nak pergi solat.Selagi tak nampak saya solat, selagi tu la mak ayah akan bising .Kadang -kadang, ada jugak menipu mak ayah kata dah solat.Serius, saya memang nakal waktu kecil.Suka buat perangai.Suka buat mak ayah marah.Namun kini,saya sudah sedar.Saya rasa bersyukur sebab mak ayah bersikap tegas dengan saya sewaktu kecil.

Ayah mencari rezeki dengan menoreh getah.Terima kasih ayah


Masih saya ingat dimana mak aku  belikan beg pakaian beroda semasa di Langkawi.Aku tanya mak, "mak nak buat apa beli beg besar n?".Mak saya cakap,"nanti boleh la ji guna bila masuk universiti".Waktu tu saya baru habis tingkatan 5,keputusan SPM pun masih belum keluar.Waktu tu hati saya masih yakin tak yakin dapat masuk ke universiti.Bila mak cakap macam tu, aku cuma balas "mak doakan ji ye supaya ji dapat belajar di universiti".Alhamdulillah,doa mak dikabulkan.Aku berjaya melanjutkan pelajaran ke Program Asasi Sains Pertanian,Universiti Putra Malaysia.Saya nampak, begitu besar harapan mak ayah untuk saya berjaya.Jadi, saya  perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan saya berjaya dan saya dapat membahagiakan mak ayah.Moga mak ayah bila dah tua nanti tak perlu lagi bekerja.Biar ji yang sara mak ayah pulak.Moga anakmu ini menjadi anak yang berguna.



Mak ayah menemani saya sebelum saya menaiki bas ke Kuala Lumpur













No comments:

PENGEDAR SHAKLEE UPM, SERDANG DAN SERI KEMBANGAN 013-4750347

Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga UPM , Serdang dan juga Seri Kembangan yang ingin dapatkan produk Shaklee secara COD Boleh hubungi ...