Assalamualaikum…Saya nak kongsikan hobi saya sejak dari
kecil sehiggalah sekarang.Saya ni suka sangat dengan sukan
badminton.Terpengaruh dengan Lee Chong Wei rasanya.Kalau Malaysia lawan dalam
mana-mana tournament, mesti duduk depan TV.Jadi penonton dan penyokong
setia.Kalau menang tu, bertepuk sakan.Mulalah mak ayah jeling.”Ji dapat hadiah
ka?”.Amboi, mak ayah perli.hihi.Selalu dah mak ayah keluarkan ayat tu.Dah tak
kisah dah.
![]() |
Pasukan Kolej 14, UPM |
Minat yang mendalam terhadap badminton membuatkan saya aktif
dalam sukan badminton.Walaupun sewaktu sekolah rendah, sekolah tak hantar wakil
untuk sukan badminton, tapi tiap-tiap petang ,saya mesti berlatih
badminton.Sedih tau, sekolah tak hantar wakil untuk badminton, kalau tak saya
rasa saya dah wakil Negeri Perak
dah.Hehehe, perasan.
Dan saya teruskan minat badminton di sekolah menengah.Di
sekolah menengah, saya dapat wakil sekolah.Dan waktu form 1, saya mewakili Daerah
Hulu Perak ke peringkat negeri.Tapi , di peringkat negeri saya out la kalau
bertemu pemain negeri.Standard kitorang jauh berbeza.Biasanya pemain negeri ni
duduk dekat Daerah Kinta dan Larut Matang Selama.Kadang jealous jugak dengan
mereka ni, mereka ada kemudahan yang cukup, training yang cukup, competition
belambak.Di tempat saya susah nak dapat semua tu.nak cari kawan untuk main pun
susah.Nak cari tempat berlatih pun susah.Jadi, semangat saya untuk jadi pemain
badminton standard negeri semakin
menurun.Dalam fikiran, dah block kata tiada harapan.Apa-apa pun saya terus main
badminton, wakil sekolah.Dapat harumkan nama sekolah di peringkat daerah pun
jadilah.
Tak sangka, di universiti pun masih bergiat aktif dalam
sukan badminton.Dapat wakil universiti di Sukan IPT sekali pun dah cukup baik
bagi saya.Dah rasa puas.Dah rasa dapat tebus balik kekecewaan sebelum
ni.Walaupun tak menang, tapi rasa
puas.Dapat jumpa pemain-pemain kebangsaan.Yang bestnya di universiti ni ,saya
jumpa geng badminton.Saya jumpa kawan perempuan yang betul-betul minat
badminton.Sebenarnya,cukup susah nak cari kawan perempuan yang gila
badminton.Jadi kalau nak main tu jadi susah, nak main dengan
sapa.Alhamdulillah, dah jumpa mereka ni, jadi nak main badminton tu jadi
senang.Time free, pakat turun main.Dan, disebabkan hobi yang sama,kami jadi tak
kekok.Dah rasa selesa.Kalau tak ada topik nak cakap, cakap pasal badminton aje
la.Haha.
![]() |
Keluar Makan Bersama Kawan Badminton |
No comments:
Post a Comment