Sunday, 11 December 2016

Hobi Bermain Badminton Sejak Usia 7 Tahun

Assalamualaikum…Saya nak kongsikan hobi saya sejak dari kecil sehiggalah sekarang.Saya ni suka sangat dengan sukan badminton.Terpengaruh dengan Lee Chong Wei rasanya.Kalau Malaysia lawan dalam mana-mana tournament, mesti duduk depan TV.Jadi penonton dan penyokong setia.Kalau menang tu, bertepuk sakan.Mulalah mak ayah jeling.”Ji dapat hadiah ka?”.Amboi, mak ayah perli.hihi.Selalu dah mak ayah keluarkan ayat tu.Dah tak kisah dah.



Pasukan Kolej 14, UPM




Minat yang mendalam terhadap badminton membuatkan saya aktif dalam sukan badminton.Walaupun sewaktu sekolah rendah, sekolah tak hantar wakil untuk sukan badminton, tapi tiap-tiap petang ,saya mesti berlatih badminton.Sedih tau, sekolah tak hantar wakil untuk badminton, kalau tak saya rasa saya dah wakil Negeri  Perak dah.Hehehe, perasan.

Dan saya teruskan minat badminton di sekolah menengah.Di sekolah menengah, saya dapat wakil sekolah.Dan waktu form 1, saya mewakili Daerah Hulu Perak ke peringkat negeri.Tapi , di peringkat negeri saya out la kalau bertemu pemain negeri.Standard kitorang jauh berbeza.Biasanya pemain negeri ni duduk dekat Daerah Kinta dan Larut Matang Selama.Kadang jealous jugak dengan mereka ni, mereka ada kemudahan yang cukup, training yang cukup, competition belambak.Di tempat saya susah nak dapat semua tu.nak cari kawan untuk main pun susah.Nak cari tempat berlatih pun susah.Jadi, semangat saya untuk jadi pemain badminton standard  negeri semakin menurun.Dalam fikiran, dah block kata tiada harapan.Apa-apa pun saya terus main badminton, wakil sekolah.Dapat harumkan nama sekolah di peringkat daerah pun jadilah.

Tak sangka, di universiti pun masih bergiat aktif dalam sukan badminton.Dapat wakil universiti di Sukan IPT sekali pun dah cukup baik bagi saya.Dah rasa puas.Dah rasa dapat tebus balik kekecewaan sebelum ni.Walaupun tak menang,  tapi rasa puas.Dapat jumpa pemain-pemain kebangsaan.Yang bestnya di universiti ni ,saya jumpa geng badminton.Saya jumpa kawan perempuan yang betul-betul minat badminton.Sebenarnya,cukup susah nak cari kawan perempuan yang gila badminton.Jadi kalau nak main tu jadi susah, nak main dengan sapa.Alhamdulillah, dah jumpa mereka ni, jadi nak main badminton tu jadi senang.Time free, pakat turun main.Dan, disebabkan hobi yang sama,kami jadi tak kekok.Dah rasa selesa.Kalau tak ada topik nak cakap, cakap pasal badminton aje la.Haha.

Keluar Makan Bersama Kawan Badminton



Post a Comment

Sejarah Produk Shaklee: Dr.Forrest C.Shaklee

    Bismillahirrahmanirrahim...menarik apabila ketahui Sejarah Produk Shaklee ni   terutamanya sejarah berkaitan Dr. Forrest C.Shaklee ....