Sunday, 14 May 2017

Jiji's Life As Student : Ayam Segar UPM Delivery 18 dan 23 Mei 2017

Jiji's Life As Student : Ayam Segar UPM Delivery 18 dan 23 Mei 2017: Assalamualaikum..Kami student UPM tahun 3 kursus bachelor sains hortikultur tengah mengadakan jualan ayam segar pada bulan Mei ini.Tempahan ...









Ayam Segar UPM Delivery 18 dan 23 Mei 2017

Assalamualaikum..Kami student UPM tahun 3 kursus bachelor sains hortikultur tengah mengadakan jualan ayam segar pada bulan Mei ini.Tempahan boleh dibuat sebelum 18 Mei ini bagi fasa 1.Kami akan mula proses ayam pada 18 Mei ini dan akan dihantar terus ke rumah tuan puan pada hari yang sama.Bagi fasa 2, tempahan boleh dibuat sebelum 23 Mei 2017 ini. Proses dan delivery akan dibuat pada 23 Mei 2017.



Ayam yang dijual adalah ayam jenis kacukan kampung.100% tanpa suntikan hormon.Ayam ini mula diternak bermula dari anak ayam pada 10 March 2017 sehinggalah 17 Mei 2017 iaitu selama 2 bulan lebih.Daging ayam ini apabila sudah cukup umur iaitu 2 bulan setengah, rasanya amat enak dan pejal.Semestinya, harganya di pasaran lebih mahal berbanding ayam daging.Kami menawarkan ayam ini dengan harga RM 15 ringgit bagi berat bawah 1.2 kg.Ayam yang mencapai berat 1.2 kg ke atas harganya adalah RM 18.

Makanan utama ayam kacukan ini 90 peratus dedak ayam, 10 peratus lagi terdiri daripada makanan semulajadi seperti bokashi, larva dan juga bahan-bahan semulajadi yang ada di sekitar reban.Ayam ini juga diternak secara free range bagi membolehkan mereka bebas mencari makanan di sekitar reban selain daripada makan dedak.Ayam ini diberikan EM bagi menggantikan suntikan hormon.Tujuan diberikan EM ini adalah untuk menambah selera makan  dan juga untuk improve keadaan  perut ayam.Antara bahan-bahan yang digunakan adalah temu lawak, cekur, sirih, lengkuas, kunyit, bawang putih, halia dan juga jering.Tujuan lain EM adalah sebagai minuman anti parasites.Bahan yang digunakan adalah betik, neem, temulawak, jering, patowala, daun ubi, bawang putih, halia, dan juga jering.




Bagi tuan puan yang ingin merasa ayam segar keluaran UPM iaitu ayam jenis kacuk kampung boleh menghubungi kami untuk membuat tempahan.Harga satu ekor ayam bagi berat bawah 1.2 kg adalah RM 15 dan berat atas 1.2 kg harganya adalah RM 18.Penghantaran percuma sekitar UPM dan juga Seri Serdang.Kami boleh menghantar ayam di sekitar, UPM, Seri kembangan, Bangi, Kajang, Putrajaya dan juga kawasan-kawasan yang berdekatan dengan UPM.Bagi tuan puan yang ingin ambil di UPM juga dialu-alukan.Boleh hubungi nombor yang tertera di bawah.

017-2800 727(NAJIMAH)

011-251 7520(EPA)

019-4811 993(ZAM)

013-3383 037(AYU)






Saturday, 25 February 2017

Testimoni Diri Sendiri Tentang Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum.Saya nak kongsikan testimoni saya sepanjang saya menggunakan Vitamin C Shaklee.Kesan yang saya rasa selepas saya menggunakan Vitamin C Shaklee adalah saya rasa lebih sihat,jarang sekali saya demam dan rasa cepat sembuh .Sepanjang 3 bulan saya menggunakan Vitamin C Shaklee, hanya dua kali saya tak sihat badan.Itupun, sebab saya berjemur tengah panas dan juga tidur lewat.Dan masa tu la saya menguji keberkesanan Vitamin C Shaklee.Waktu tu saya selsema.Jadi, saya telan Vitamin C Shaklee ni.Sebiji tak jalan, saya telan dua biji.Dan, alhmdulillah ia membantu mengurangkan masalah selsema waktu tu.Yang bestnya, time selsema tak perlu guna tisu atau kain lap hingus .Selepas tu, sekejap je badan sihat.Dalam sehari dua je.Walaupun waktu tu saya kurang sihat, saya tetap dapat lakukan kerja-kerja saya seperti biasa.Memang saya rasakan Vitamin C ni amat membantu.Inilah testimoni saya tentang vitamin C Shaklee.Vitamin C Shaklee ini amat bagus untuk kuatkan antibodi badan.

Berbeza sekali sebelum gunakan Vitamin C Shaklee dengan selepas gunakan Vitamin C Shaklee.Kalau dulu,bila selsema je badan rasa sangat lemah.Tapi, selepas gunakan Vitamin C Shaklee , walaupun selsema tetapi badan masih lagi rasa baik.Kalau dulu, bila selsema atau demam, mesti lambat untuk pulih.Tetapi, selepas mengamalkan Vitamin C Shaklee ni, demam atau selsema cepat pulih.Kalau dulu kalau selsema mesti ada tisu atau kain lap hingus, tetapi kini dah tak lagi.Dan, saya rasakan antibodi badan saya makin kuat sekarang ni.Tapi kena ingat, yang menyembuhkan adalah ALLAH SWT.Kita cuma perlu ikhtiar.

Selain tu, betul la vitamin C Shaklee ni amat bagus untuk kurangkan masalah jerawat.Sebulan, dua bulan saya guna Vitamin C Shaklee, saya tak nampak sangat perubahan pada kulit saya.Setiap bulan masih jugak timbul jerawat.Tetapi, bila sampai bulan ketiga menggunakan Vitamin C Shaklee, saya dapat lihat jerawat dah tak tumbuh banyak seperti dulu.So, saya makin happy sebab jerawat jarang tumbuh.Bukan apa, saya ni jenis suka picit jerawat.Jadi setiap kali jerawat tumbuh, mesti ada bekas -bekas parut pada muka.Itu yang saya cuba elak.Jadi, Vitamin C Shaklee ni amat bagus untuk atasi masalah jerawat.Jika nak dibandingkan, Vitamin C Shaklee ni amat berbaloi sebab dalam satu botol ada 180 biji.Boleh tahan 6 bulan jika makan sehari 1 biji.Tahan 3 bulan jika makan 2 biji sehari.Dapatkan Vitamin C Shaklee daripada saya.

Call 017-2800 727

Tuesday, 21 February 2017

Cara Atasi Masalah Dalam Pelajaran Dengan B-Complex Shaklee

Khas buat pelajar yang ingin menyelesaikan masalah mengantuk.Mengantuk sedikit-sedikit itu tidak mengapa.Tetapi jika sering mengantuk, itu sudah jadi kurang baik.Kerana ia akan mengganggu prestasi pelajaran seseorang.Bayangkan sewaktu dalam kelas, kita tersengguk-sengguk, asyik rasa nak pejam mata je, rasa -rasanya boleh ke fokus sewaktu lecturer ajar.Sedikit sebanyak, ia akan mengganggu mood study kita dan apa yang lecturer ajar pun susah nak faham.



Untuk hilangkan rasa mengantuk,  kita perlu dapatkan tidur yang cukup, minum air sebanyak mungkin dan juga mengamalkan gaya hidup sihat terutamnya makan-makanan yang berkhasiat.Kita perlu banyak makan buah-buahan dan juga sayur-sayuran.Masalahnya dalam sehari berapa banyak kita makan buah-buahan dan juga sayur-sayuran untuk dapatkan sumber vitamin?Jadi,sangat penting bagi student dapatkan sumber vitamin tambahan untuk kesihatan tubuh badan seterusnya mengatasi masalah mengantuk yang berlebihan dalam kalangan pelajar.

Dengan mengamalkan B-Complex Shaklee,sedikit sebanyak ia akan bantu mengatasi masalah mengantuk berlebihan yang dialami oleh pelajar.B-Complex Shaklee ini membantu memproses dan perbaiki sel-sel darah merah.Seterusnya ia akan melancarkan lagi peredaran darah dan juga pengangkutan oksigen ke sel-sel badan.Apabila seseorang dapat oksigen yang cukup, in syaa Allah, masalah mengantuk pun akan berkurangan

kelebihan lain B-Complex Shaklee adalah
1.membantu mempercepatkan proses penukaran makanan kepada tenaga.Jadi, masalah mengantuk selepas makan akan dapat diatasi
2.Mencegah Stress dan menguatkan antibodi tubuh
3.Membantu kemampuan berfikir

Alhamdulillah, selepas saya mengamalkan B-complex Shaklee,tiada lagi rasa mengantuk di awal-awal pagi(Wani Salimin-Pelajar Tahun 1 Universiti Malaysia)

Untuk membeli B-Complex Shaklee ,
Whatsapps saya ke 017-2800 727(najimah)

Saturday, 18 February 2017

Pengedar Shaklee UKM Ready Stock

Assalamualaikum dan selamat sejahtera student UKM.Berminat untuk membeli Shaklee?Anda boleh hubungi saya Pengedar Shaklee UKM.Yang pasti tiada caj penghantaran ke tempat anda.Dan anda kan dapat stock yang baru bukannya stock yang baru dari HQ Shaklee.Saya akan berusaha menjadi pengedar Shaklee terbaik anda.Saya juga seorang student, jadi bagus la kan student beli daripada student.Ramai jugak student ye yang berminat dengan Shaklee. Ramai customer saya datang daripada student.Bagus la guna Shaklee dari muda.Tambahan pula Shaklee ada mengeluarkan produk untuk kesihatan minda student seperti Omega Guard,Lecithin, dan juga B-compleks.Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Shaklee daripada pengedar Shaklee UKM.

Penting untuk dapatkan produk Shaklee daripada pengedar Shaklee yang betul untuk dapatkan cara makan yang betul.Saya merupakan Pengedar Shaklee daripada Group SuperStar Shaklee yang mana pengasasnya merupakan individu yang makan produk Shaklee lebih daripada 20 tahun.Jadi banyak selok belok produk Shaklee yang beliau tahu dan juga masalah kesihatan pengguna.Beliau juga sentiasa rujuk daripada nutritionist Shaklee.Sedikit sebanyak ia membantu saya untuk menjadi seorang pengedar Shaklee yang berkualiti.Jadi, Dengan cara mendapatkan produk Shaklee yang betul dan juga cara makan yang betul, anda akan mendapat kesan  yang cepat daripada penggunaan produk Shaklee.In syaa Allah.Jadi setakat itu daripada saya.Boleh hunbungi saya pada nombor yang tertera di bawah

Whatsapps ke 017-2800 727
Whatsapps ke 017-2800 727
Whatsapps ke 017-2800 727

Friday, 17 February 2017

Pengedar Shaklee UPM Ready Stock

Alhamdulillah, semakin hari perniagaan  Shaklee saya makin berkembang.Alhamdulillah, saya gembira menjadi Pengedar Universiti Putra Malaysia.Saya merupakan pelajar tahun tiga Bachelor Sains hortikultur, fakulti pertanian di UPM.Saya mula menjadi pengedar Shaklee di UPM tahun lepas dalam bulan 11 tahun 2016..Boleh dikatakan perniagaan Shaklee ni sedikit sebanyak telah mengubah saya menjadi insan yang lebih positif.Saya lebih fokus untuk membuat jualan dalam kalangan student terutama sekali student UPM,Saya juga student, secara tidak langsung, saya tahu serba sedikit tentang permasalahan student terutamanya dalam pelajaran.




Kebanyakan student mengalami masalah untuk kekal konsisten dalam pelajaran.Antara permasalahan adalah tidur tidak cukup, tekanan disebabkan terlalu banyak aktiviti seperti aktiviti kolej, persatuan dan universiti.Ditambah pula dengan assignment, test dan juga exam.Ada disebabkan tekanan yang melampau menyebabkan student mudah murung,mudah marah-marah dan juga hidup berserabut.Jadi saya nampak, produk Shaklee ni sedikit sebanyak dapat membantu masalah student . Antaranya, produk Shaklee dapat bantu atasi masalah susah unuk fokus dalam kelas, tidur berlebihan, mudah penat,tekanan, mudah demam sehingga menyebabkan student sukar mencapai impian mereka untuk memperoleh keputusan yang cemerlang di universiti.

Jadi, sekarang ini saya cuba untuk bukak minda dan juga hati student sekalian untuk mengenali Shaklee.Awal-awal saya buat Shaklee ni pun sebenarnya untuk membantu saya dalam pelajaran.Saya mula makan b-kompleks yang mana membantu kita jadi lebih bertenaga.Sepanjang saya makan b-kompleks saya rasa lebih tenang, tidak terlalu tension dan masalah tidur saya semakin berkurangan.Sebenarnya Shaklee ada banyak produk untuk kesihatan student terutama sekali kesihatan otak.Antara produk Shaklee yang bagus untuk student guna adalah Omega-Guard Shaklee dan lecithin Shaklee yang mana mampu meningkatkan daya fokus pelajar.Meningkatkan daya ingatan pelajar.Selain itu, telan B-compleks Shaklee, student akan lebih bertenaga, mengurangkan tekanan, dan mengurangkan rasa mengantuk.Ostematrix pula bagus untuk student yang suka tidur lewat.Selepas telan ostematrix, student tidur 3 jam seperti tidur 6 jam.Ostematrix ni membantu student untuk dapatkan tidur yang berkualiti.Walaupun tidur 3 jam tetapi pagi-pagi tu badan tetap juga segar.

Jadi, wahai student sekalian , dapatkan Shaklee dari saya.Jangan tunggu-tunggu lagi.COD untuk kawasan UPM.Tiada caj penghantaran.

Hubungi saya ke 017-2800 727(jiji)

Cara Merawat Kencing Manis Yang Berkesan

Cara merawat kencing manis yang berkesan adalah dengan cara mengamalkan cara hidup yang sihat.Kencing manis ni mungkin disebabkan oleh keturunan dan juga mungkin disebabkan oleh cara pemakanan yang tidak sihat dan juga cara hidup yang tidak sihat.Pesakit kencing manis perlu tahu dan perlu sedar, untuk mengubati penyakit kencing manis, mereka perlu baiki semula pankreas mereka yang rosak di samping mengambil nutrien- nutrien yang penting seperti Omega-3 magnesium,kromium,zink, selenium, kalsium ,vitamin D dan juga Vitamin B3.Vitamin-vitamin ini amat penting dibekalkan kepada pesakit kencing manis.Untuk merawat kencing manis, keadaan pankreas perlu dibetulkan dan perlu bekalkan nutrien yang cukup untuk memaksimumkan fungsi insulin.





Jadi, untuk merawat kencing manis, kita perlu merawat pankreas kerana pankreas menghasilkan insulin.Insulin ini amat penting untuk mengubah glukosa dalam makanan kepada tenaga yang diperlukan oleh sel-sel badan.Seterusnya ia mengawal paras gula dalam darah.Untuk merawat pankreas, kita perlu baiki sel pankreas daripada peringkat DNA lagi.Kerana jika DNA elok, sel akan elok seterusnya tisu, organ dan juga sistem badan akan elok.Jadi, penting untuk cari cara merawat badan daripada peringkat DNA lagi.Kemudian, pesakit diabetis biasanya kekurangan magnesium, kromium,zink,selenium,Kalsium, Vitamin D dan juga B3 yang mana semuanya amat penting dalam fungsi insulin.


Saya tidak tahu cara lain, tetapi sepanjang saya berkecimpung dalam Shaklee, kebanyakan pesakit diabetis sembuh daripada diabetis selepas mereka mengamalkan Vivix Shaklee. Alhamdulillah, itu maknanya ALLAH nak tunjuk pada kita yang mana setiap permasalahan mesti ada jalan keluar.Varivix Shaklee ini sebenarnya membantu  membaiki sel daripada peringkat DNA lagi.Ia membaiki dan melindungi DNA.Apabila DNA elok maka sel, tisu dan organ pankreas juga akan elok.Seterusnya pankreas dapat menghasilkan insulin seperti normal.Vivix juga akan meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap insulin.Di bawah ini saya sertakan testimoni Vivix Shaklee ke atas pesakit kencing manis.