Pada tahun 2017, Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Para Asean ke- 9 yang diadakan di Kuala Lumpur.Bukit Jalil menjadi vanue utama bagi kebanyakan sukan .Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa bangga kerana Malaysia berjaya mengadakan acara sebesar ini walaupun tidak sebesar acara sukan Asia, komenwal mahupun sukan Olimpik.Tetapi, bagi saya prasarana dan kemudahan bagi Sukan Para Asean ini sangat memuaskan.Walaupun tidak banyak, tapi saya masih berpeluang pergi ke beberapa Vanue Sukan Sea ke 29 dan juga Sukan Para Asean 2017.Bagi Sukan Para Asean saya hanya sempat pergi Hari Pembukaan sahaja kerana kuliah di universiti telah bermula.
Alhamdulillah, dapat pergi ke Acara Pembukaan Sukan Sea bersama kawan-kawan.Puas jugak kami cari tempat duduk yang strategik.Walaupun tak penuh stadium hari tu, tapi masih susah nak cari tempat duduk sebab kami nak duduk berempat.Kawan-kawan saya ni nak tengok Yuna je.Saya pulak nak tengok bunga api.Hehe.
![]() |
| Di Stadium Bukit Jalil |
