Saturday 24 December 2016

Cara Memulakan Perniagaan Dengan Bina Hubungan Dengan Pelanggan

Pesanan tuan Seth Godin kepada para penjual:Menurutnya, penjual perlu cipta suasana proses menjual yang unik untuk satu-satu pelanggan.Setiap pelanggan perlu dilayan dengan cara yang berbeza.Layan pelanggan secara unik mengikut kesesuaian sehingga ia menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.Mudah-mudahan mereka inilah yang akan menjadi duta produk kita.Membina hubungan dengan pelanggan memerlukan seni seni yang tersendiri.Dan seni ini boleh dipelajari dan dilatih.


Antara tips-tips yang boleh dipraktikkan bagi membina hubungan adalah kita kena tanamkan dalam ‘mindset’ kita yang pelanggan itu adalah pelanggan adalah pelanggan tetap kita.Anggap mereka tidak tahu menahu akan produk atau kelebihan produk yang kita bawa.Fahamkan mereka dengan bersungguh-sungguh walaupun kita tahu bahawa mereka telah arif tentang produk tersebut.dan penyampaian perlulah berhemah serta berlapik supaya mereka tidak napak seperti ingin mengajar mereka.

Seterusnya, mulakan komunikasi dengan modal percakapan yang umum.Elak mulakan komunikasi terus kepada produk atau servis.Biarkan pelanggan selesa dengan kita dahulu.Mulakan perbualan ringan seperti menyentuh isu keluarga, pelajaran, pekerjaan dan sebagainya.Setelah mereka selesa, barulah perlahan-lahan kita mulakan strategi menjual.

Tips seterusnya adalah amalakan prinsip empati dalam menonjolkan diri.Empati tidak sama dengan simpati.Empati lebih kepada meletakkan diri kita di sisi pelanggan.Setiap proses jualan perlulah dipersembahkan dengan dengan teratur mengikut ‘flow’ yang betul.Setiap penerangan produkperlulah ada mukaddimah.Kemudian diikuti dengan penerangan prosedur dan diakhiri dengan solusi.

Itulah serba sedikit tentang cara nak bina hubungan dengan customer.Harap bermanfaat.

No comments:

PENGEDAR SHAKLEE UPM, SERDANG DAN SERI KEMBANGAN 013-4750347

Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga UPM , Serdang dan juga Seri Kembangan yang ingin dapatkan produk Shaklee secara COD Boleh hubungi ...