Bismillahirrahmanirrahim...menarik
apabila ketahui Sejarah Produk Shaklee ni terutamanya sejarah berkaitan Dr. Forrest C.Shaklee.Untuk pengetahuan,pengasas
Shaklee bernama Dr. Forrest C. Shaklee.Sejarah Dr.Shaklee ini sangat
menarik untuk diketahui. Apa yang menariknya? Kurang menariklah kan, bukannya
artis pun.
Dr. Forrest C. Shaklee |
Ye, betul tu.Dr. Shaklee bukan artis, bukan juga ahli sukan tetapi Dr.Shaklee telah membuka lembaran baru bagi sejarah perubatan dunia melalui penghasilan vitamin dan supplemen yang berkualiti tinggi.
Dr.Shaklee lahir
pada tahun penghujung 1890 an.Semasa ibunya hamilkan dia dalam perut, Dr.
Shaklee dijangkiti penyakit Tuberkulosis (TB).
Sewaktu lahir,
Doktor menjangkakan dia punya hayat tak panjang.Tapi Doktor tersebut ada
cadangkan kepada mak Dr. Shaklee.Kata Doktor tersebut"Kamu boleh
lengah-lengahkan kematian anakmu dengan memberikan dia suasana persekitaran
yang bagus".
Kemudian,
berpindahlah mereka ke kawasan berdekatan dengan pergunungan. Jadi, hiduplah
Dr.Shaklee di mana dia sangat rapat dengan alam persekitaran.
Sewaktu
berpindah tu, mak dia tidak berharap pun Dr. Shaklee hidup lama,tetapi maknya
dapati semakin hari Dr. Shaklee dapat membesar dengan sihat.
Jadinya, mak Dr.
Shaklee dapati keputusannya membawa anaknya berpindah ke tempat persekitaran
yang bersih adalah keputusan yang betul.Bukan sahaja dapat melengah-lengahkan
kematian tetapi lebih dari itu.Setelah itu, hiduplah Dr.Shaklee seperti
kanak-kanak yang lain dan membesar dengan sihat.
Setelah saya
tahu kisah Dr. Shaklee ni, boleh disimpulkan persekitaran yang baik amat
penting untuk memperoleh kesihatan yang baik.Tapi, kalau kita tengok
persekitaran kita sekarang ni, adakah kita berada dalam persekitaran yang baik.
Habuk sana sini,
pelepasan asap yang tidak terkawal, pembuangan toksin dan macam-macam
lagi.Patutla, sekarang ni manusia mudah sangat mendapat penyakit.
Saya juga sangat
tertarik dengan pendekatan Dr. Shaklee.Dia lebih fokus mengajak manusia untuk
mengelak penyakit berbanding merawat penyakit kerana dia mendapati sangat mudah
untuk mengelak penyakit daripada merawat penyakit.
Jadi, jom la
kita pakat-pakat jaga kesihatan sebab nak elak daripada terkena
penyakit.Mudah-mudahan, kita semua dikurniakan kesihatan yang baik.
No comments:
Post a Comment