Thursday, 22 December 2016

3 Aktiviti Semasa Cuti Semester Yang Boleh Saya Lakukan

Alhamdulillah, tak lama lagi nak cuti semester...Sekarang ini tengah merancang aktiviti yang boleh dilakukan semasa cuti semester.Tengah merancang aktiviti-aktiviti yang dapat memberi manfaat pada orang lain dan juga diri sendiri.Cuti semester adalah waktu yang terbaik untuk kita luangkan masa bersama mak ayah, adik-adik dan juga sanak saudara.Cuti semester pun tak lama , hanya sebulan je.Jadi kena betul-betul manfaatkan masa sebulan ni untuk berbakti pada mak ayah.Agak -agak, aktiviti apa ye yang boleh kita lakukan sepanjang cuti semester ni?


Aktiviti pertama yang ingin saya lakukan tolong mak kemaskan rumah.Antaranya termasuklah cuci pinggan, basuh baju, lipat kain.Kalau sebelum ni, kurang rajin nak buat-buat kerja tu, sekarang dah kena rajin la.Biarlah balik nanti, mak ayah nampak perubahan kita.Ooo..anak aku dah berubah.Haha.
 
Sepanjang cuti, boleh juga bercucuk tanam.Seronok sangat bila tengok pokok yang kita tanam hidup.Cuti semester sebelum  ni pernah tanam pokok cili dan sayur bayam.Alhamdulillah, hidup dengan baik pokoknya.Tiap-tiap pagi keluar rumah nak tengok pokok dah besar ke belum.Ada penyakit tak pokoknya.Haha.Tak sabar nak balik ni , nak tengok pokok cili dah dapat keluar cili banyak ke tak.Sayur bayam yang ditanam sebelum ni, dah dapat dituai.Dah makan pun.Dapat makan sayur organik.Alhamdulillah.Kepada rakan-rakan, cuba la tanam sayur-sayur di rumah.Pasti tak akan menyesal.

Kemudian, boleh juga jalan -jalan ke pekan.Lama tak jalan ke pekan Gerik ni.Dulu suka sangat ke Pasar Tani dan Pasar Malam.Nak beli makanan pelik-pelik dan sedap-sedap.Ya Allah, lamanya tak balik.Teringin jugak nak pergi Pekan Baling.Agak lama tak jejak Pekan Baling.

Tekad balik cuti semester ni tak nak malas-malas...mudah-mudahan
Post a Comment

PENGEDAR SHAKLEE UPM, SERDANG DAN SERI KEMBANGAN 013-4750347

Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga UPM , Serdang dan juga Seri Kembangan yang ingin dapatkan produk Shaklee secara COD Boleh hubungi ...