Monday, 28 November 2016

Volunteer MAHA 2016 Sambil Buat Bisnes Online



Wah best   ya,  MAHA(Ekspo pameran pertanian terbesar Malaysia) bakal bermula tak lama lagi.Ini la saat-saat yang dinantikan.Kalau 2014 dulu,saya pergi MAHA, hanya sebagai pelawat tapi pada tahun 2016 ni,saya pergi MAHA sebagai volunteer dan juga pelawat.Semoga tahun ini, saya menggunakan kesempatan yang ada ini untuk saya tambah ilmu pengetahuan tentang pertanian,menjalankan tugas dengan amanah dan dapat menikmati kemeriahan MAHA 2016.





Tema MAHA 2016 adalah Our Food Our Future.MAHA akan berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia(MAEPS) Serdang,Selangor pada 1-11 Disember 2016.Jangan lepaskan peluang untuk datang ke MAHA.Boleh beli pokok-pokok yang pelbagai, boleh beli baja, barang tanaman,buah-buahan dan pelbagai jenis makanan.Di sini jugak terdapat pelbagai pameran pertanian.Boleh la tahu inovasi pertanian terkini.Demonstrasi pun ada.Selain sediakan duit yang cukup, sediakan juga tenaga yang cukup sebab MAHA ni luas dan banyak tempat di MAHA yang kita ingin jelajah.Lenguh-lenguh kaki sudah tentu ada.

Tahun ni dapat jadi volunteer selama 5 hari iaitu 3,5,7,9 dan juga 11.Jadi in syaa Allah, dapat melawat semua tempat di MAHA.Sedut banyak ilmu di MAHA.Banyak kelebihan jadi volunteer ni.Selain dapat bantu orang, dapat juga belajar tentang pertanian.Dapat juga belajar sedikit selok belok pengurusan acara yang terbesar di Malaysia ni.

Tapi dalam kesibukan semasa MAHA, business online saya tak akan lupakan.Bukan susah pun,waktu free update aje maklumat di facebook, instagram. Dan saya rasakan , jadi volunteer MAHA ni santai je.Mereka tak strict.Yang penting bertugas dengan sebaik mungkin.


Post a Comment

PENGEDAR SHAKLEE UPM, SERDANG DAN SERI KEMBANGAN 013-4750347

Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga UPM , Serdang dan juga Seri Kembangan yang ingin dapatkan produk Shaklee secara COD Boleh hubungi ...