Monday, 21 November 2016

Vitamin C Shaklee : Tingkatkan Sistem Imun Badan Keluarga Saya


Assalamualaikum , selamat pagi semua. Moga anda sentiasa sihat dan ceria.

Hari ini nak tulis sikit tentang sistem imun ahli keluarga saya, dan apa yang saya boleh beri pada ahli keluarga saya untuk meningkatkan sistem imun badan mereka

Mak dan adik saya

Pembaca sekalian,mula- mula saya cerita dulu tentang kesihatan mak ayah dan adik- adik saya.Alhamdulillah, mak ayah dan adik-adik saya dikurniakan kesihatan yang baik.Moga- moga mereka kekal baik, sihat dan ceria.

Mak ayah saya ni kuat kerja.Mereka bukan jenis duduk diam.Mak ayah saya kerja kampung.Boleh dikatakan tiap-tiap hari pergi ke bukit mencari rezeki.Selalu mak saya bagitau, mak suka datang ke  bukit sebab dapat keluar peluh dan dapat lihat pemandangan hijau.Kalau ayah , macam- macam kerja kampung ayah boleh buat.Nak dijadikan cerita , mak ayah saya mempunyai sistem imun yang kuat mungkin disebabkan pekerjaan mereka kerana tiap-tiap hari mak ayah exercise.

Selain itu, kami adik beradik juga jarang sakit.Kalau sakit tu sekali sekala je.Kami adik -beradik memang aktif, semuanya minat sukan.Mungkin juga , sistem imun kami baik sebab mak bagi kami
susu ibu semasa kecil.Terima kasih Ya Allah, atas nikmat kesihatan yang Kau beri.

Apa yang saya nak sampaikan di sini, untuk menguatkan sistem imun, kita perlu amalkan cara hidup yang sihat seperti exercise dan kurangkan tidur.Tapi kami sekeluarga tak dapat lari dari sakit.Pernah sakit tapi jarang- jarang.Bagi saya sendiri , kalau saya sakit, saya cuba dulu supaya tak makan penadol, tapi kalau dah tak tahan sangat saya telan la jugak penadol tu.Tapi setelah kenal dengan vitamin C dan tahu kelebihan vitamin C, selepas ni dah tak nak makan penadol.

Pembaca yang dihormati, untuk dapatkan kualiti hidup yang terbaik, perlulah jaga kesihatan luaran dan dalaman kita.Penting jaga kesihatan dalaman dan luaran ni.Bila dalaman sihat, tak ada la sakit-sakit atau badan rasa tak selesa.Hidup pun lebih tenang.Kalau luaran kita sihat, barulah hidup kita lebih berkeyakinan.Jadi, mula dari sekarang, amalkan makan makanan yang sihat.Pastikan badan kita mendapat nutrien yang cukup.Selain itu, exercise jangan lupa.

Akhir sekali, saya nak share produk favourite saya untuk meningkatkan sistem imun badan saya iaitu Sustained Release Vita-C 500 mg.Ia amat baik untuk mencegah jangkitan dan selesa. Antioksida yang kuat.Untuk kulit yang cantik juga elok amalkan vitamin ini.

Terima kasih kerana sudi membaca.


!

Ahli keluarga saya

Post a Comment

Sejarah Produk Shaklee: Dr.Forrest C.Shaklee

    Bismillahirrahmanirrahim...menarik apabila ketahui Sejarah Produk Shaklee ni   terutamanya sejarah berkaitan Dr. Forrest C.Shaklee ....