Saturday 23 September 2017

Pembukaan Sukan Para Asean 2017


Pada tahun 2017, Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Para Asean ke- 9 yang diadakan di Kuala Lumpur.Bukit Jalil menjadi vanue utama bagi kebanyakan sukan .Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa bangga kerana Malaysia berjaya mengadakan acara sebesar ini walaupun tidak sebesar acara sukan Asia, komenwal mahupun sukan Olimpik.Tetapi, bagi saya prasarana dan kemudahan bagi Sukan Para Asean ini sangat memuaskan.Walaupun tidak banyak, tapi saya masih berpeluang pergi ke beberapa Vanue Sukan Sea ke 29 dan juga Sukan Para Asean 2017.Bagi Sukan Para Asean saya hanya sempat pergi Hari Pembukaan sahaja kerana kuliah di universiti telah bermula.
Alhamdulillah, dapat pergi ke Acara Pembukaan Sukan Sea bersama kawan-kawan.Puas jugak kami cari tempat duduk yang strategik.Walaupun tak penuh stadium hari tu, tapi masih susah nak cari tempat duduk sebab kami nak duduk berempat.Kawan-kawan saya ni nak tengok Yuna je.Saya pulak nak tengok bunga api.Hehe.


https://jijimasterji.blogspot.my/2017/09/pembukaan-sukan-para-asean-2017.html
Di Stadium Bukit Jalil


Suatu kelainan di Pembukaan Sukan Para Asean ini adalah atlit-atlit duduk di bangku yang disediakan di tengah padang.Berbeza dengan Sukan Sea, atlit duduk di tempat penonton.Selain itu,persembahan juga banyak dipersembahkan oleh orang kurang upaya.Rasa bangga dengan mereka
.
https://jijimasterji.blogspot.my/2017/09/pembukaan-sukan-para-asean-2017.html
Tempat duduk atlit di tempat persembahan

Acara yang dinantikan saya iaitu acara percikan bunga api.Bagi saya, saya rasa percikan bunga api bagi pembukaan Sukan Para Asean lagi cantik berbanding Pembukaan Sukan Sea 2017.
https://jijimasterji.blogspot.my/2017/09/pembukaan-sukan-para-asean-2017.html
Percikan Bunga Api
Pukul 10, kami dah bertolak balik.Sempat la tangkap gambar berempat.Kami ni jarang-jarang jumpa sebab ambik berbeza jurusan tetapi di UPM jugak .Sebelum ni satu kuliah waktu Asasi di UPM.Nak balik, kami naik LRT dari Bukit Jalil terus ke stesen LRT Bandar Tasik Selatan.Kemudian naiklah Grab Car.Alhamdulillah, selamat sampai UPM.
Kawan-kawan Asasi





No comments:

PENGEDAR SHAKLEE UPM, SERDANG DAN SERI KEMBANGAN 013-4750347

Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga UPM , Serdang dan juga Seri Kembangan yang ingin dapatkan produk Shaklee secara COD Boleh hubungi ...