Monday 12 December 2016

5 Khasiat Petai Yang Penting Untuk Kesihatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera…hari ni suka saya kongsikan tentang sayur kesukaan saya.Cuba teka apa dia?Tidak lain dan tidak bukan apalagi kalau bukan petai.Nama saintifiknya, Parkia Speciosa.Ulam tersedap dalam kalangan yang sedap.Sejak kecil lagi suka makan petai.Suka sangat terutama sekali kalau buat tumis petai.Memang superb.Tambah-tambah kalau tumis petai mak yang buat.

Nampak Gambar Tumis Petai Je Pun Dah Terliur


Tapi saya tahu, ramai je yang tak suka makan petai.Alasannya, bau busuk. Ya, itu kenyataan.Bau petai memang busuk.Bau busuknya adalah bau gas metana semulajadi yang tersimpan di dalam kekacangnya.Tapi, busuk-busuk petai pun, banyak  khasiatnya.Petai ni mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi.Buah petai juga ada kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan juga vitamin C.

Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis,mencuci buah pinggang serta mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang mempunyai cacing di dalam badan.Berdasarkan informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia,En.Tajuddin Abd. Manap,kandungan klorofil dalam biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal.Beruntungnya  orang yang makan petai walaupun petai bau busuk.

Ayah saya pandai panjat pokok petai.Bab –bab kerja kampung ni memang ayah saya pandai.Alhamdulillah, rezeki ayah dan keluarga.Ayah tak ada pokok petai pun tapi ayah panjat pokok petai orang.Nak panjat pokok petai bukan senang tau, tambah pokok petai yang tinggi.Lepas dapat  petai , petai tu dibahagi dua.Untuk tuan pokok dan untuk ayah.Ayah bawak balik, anak dia yang lahap.Rezeki, tak perlu beli petai kalau nak makan petai.Moga ayah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.Kadang risau jugak ayah buat kerja-kerja yang berisiko ni.Fikir yang baik-baik je.

Jadi, apa yang dibuat dengan petai tu?.Macam-macam boleh buat.Buat tumis petai,  ulam petai cicah dengan sambal tempoyak ,buat  jeruk petai dan banyak lagi.Apapun, kena beringat, makan petai dalam kuantiti yang banyak juga tidak baik untuk kesihatan kerana petai mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang boleh mengakibatkan komplikasi pada ginjal.Jadi, makan lah berpada-pada.Makan pun kena sesuai pada masa, supaya tak ganggu keselesaan orang lain.Kalau boleh janganlah makan petai sebelum solat Jemaah, kasihan orang yang duduk sebelah kita tu.Nak solat pun terganggu dengan bau yang tidak menyenangkan.

Mulai hari ni, perbanyakkan lah makkan sayur- sayuran.Kita kena makan makanan seimbang, cukup serba-serbi.Dan nak lebih bagus makan vitamin/supplemen Shaklee untuk top up nutrient dalam badan.Hakikatnya, makanan kita hari ini dah kurang khasiat berbanding dulu-dulu.Tambah-tambah,sekarang ni banyak sayur yang disembur dengan pesticide sebelum dijual.Kasihan lah badan kita.


No comments:

PENGEDAR SHAKLEE UPM, SERDANG DAN SERI KEMBANGAN 013-4750347

Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga UPM , Serdang dan juga Seri Kembangan yang ingin dapatkan produk Shaklee secara COD Boleh hubungi ...