Friday, 30 December 2016

Mengapa Badan Cepat Penat Dan Tidak Bermaya

Assalamualaikum...Apa yang kita rasa sepanjang hari? Rasa happy atau rasa murung?Kenapa murung?Sebab penat ke?Penat layan kerenah orang, penat buat kerja, penat belajar, penat macam-macam.Mudah sangat  penat.Agak-agak sebab apa cepat penat ni? Saya sebagai pelajar, saya tahu pelajar ni banyak kerja.Dengan assignmentnya, dengan aktiviti kolejnya, dengan aktiviti universiti, dengan test dan assignmentnya.Kalau pelajar pertanian pula, selalu bermain dengan panas.Terdedah kepada panas terik matahari, buat badan mudah rasa penat.Kalau yang buat bisnes sambil belajar tu lagi banyak tenaga diperlukan.Jadi, apakah yang menyebabkan seseorang itu cepat penat?



Antaranya adalah diet yang tidak seimbang.Ada nutrien yang tidak cukup dalam makanan.Kadang-kadang,makan makanan yang kurang sihat seperti terlalu banyak minum minuman berkarbonat, produk kaya tepung,makanan segera dan banyak lagi.Jadi, jika amalkan makanan tersebut, tubuh kita akan cepat penat sebab badan kita tak cukup khasiat dan nutrien.

Badan cepat sebab kita tak cukup air.Bila tak cukup air, sel dalam badan kita akan mengecut seterusnya sel kurang sihat.Bila sel kita tak sihat, itu sebab badan kita akan mudah rasa penat sebab sel kita tak dapat berfungsi dengan baik.

Kemudian badan kita cepat penat jika sel darah merah kurang.Sistem badan kita sentiasa beroperasi 24 jam, 7minggu, 30hari, 365 hari. Bayangkan lah dia tiada rehat.Jadi sel-sel darah merah perlu sentiasa diganti dengan pembentukkan sel darah merah yang baru. Bagi wanita pula, kehilangan darah ketika haid menyebabkan iron dalam darah juga berkurang dan ini menyebabkan wanita berisiko mendapat anemia. Lemah, Letih, sesak nafas adalah simptom-simptom anemia.

Badan kita juga cepat penat jika badan kekurangan vitamin.Sel-sel badan kita perlukan vitamin untuk bergerak.Jadi,kalau sel kita tak dapat vitamin, sel kita tak dapat berfungsi dengan baik.

Jadi, saya ingin kongsikan rahsia untuk hilangkan kepenatan.Ramai orang puji ubat ajaib ni.Selepas makan ubat ni, hilang rasa-rasa penat, rasa lebih bertenaga.Rasa mengantuk pun dah semakin berkurang.Ubat ajaib ni namanya B-complex.B-complex membantu dalam pembentukan sel darah merah yang sihat.


Hubungi saya ke 017-2800 727(najimah)


Tuesday, 27 December 2016

3 Kelebihan Beli Shaklee Dan Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya Dari Group SuperStarShaklee

Cuti semester dah nak dekat.Ada plan tak nak kerja atau nak start bisnes?Ye la waktu cuti sem ni la waktu terbaik nak kumpul duit sebelum mulanya semester baru.Banyak duit yang perlu digunakan waktu awal-awal semester.Betul tak?Jadi, saya share ni untuk yang tak nampak jalan tau.Mana la tahu selepas baca post ni nampak jalan nak cari duit poket macam mana.Jalannya adalah, start buat bisnes Shaklee.Daftar ahli hanya RM 69 ringgit.Itu je.Apa yang saya rasa selepas buat Bisnes Shaklee ni, saya rasa lebih positif dari sebelum ni.Sebelum ni banyak karat2 dalam diri, tak yakin diri, selalu sangat fikir negatif-negatif.





Selepas join Shaklee ni, saya diajar untuk kenal value diri, apa kelebihan diri.Maybe kita tak cantik tapi kita ada kelebihan tempat lain yang orang lain tak ada.Setiap orang Allah kurniakan kelebihan masing-masing.Cuma kita yang tak nampak.Kita yang tak nak develop nilai diri kita.Asyik fikir negatif je tentang diri.Cuba la hargai dulu diri sendiri.Peratus kejayaan lebih tinggi kepada spiritual berbanding teknikal.Apa yang kita percaya, itu lah dia.

Saya juga diajar cara marketing yang betul.Sangat banyak yang dikongsi dalam Team SuperStarShaklee ni.Banyak idea-idea fresh yang boleh kita aplikasikan.Saya juga diajar tentang blog.Macam mana nak dapat pasif income melalui blog.Mentor saya ni memang pakar Blog.Blognya superibu.com sentiasa berada di rank pertama dalam carian Google.Tapi, semalam baru dapat berita happy,pakar SEO Malaysia berminat untuk join Shaklee bawah group mami, #SuperStarShaklee.Dan selepas ni tiap-tiap bulan ada kelas SEO.Bestnya...

Lagi satu, saya berpeluang belajar cara makan Shaklee yang betul.Mami ada pengalaman sekeluarga makan Shaklee selama 20 tahun, dari baby sampai mak2 bersalin, sakit kronik dan juga untuk penjagaan kesihatan.Ada access dengan Nutritionist, boleh tanya direct tanpa perlu protokol yang memakan masa.Ada informasi yang tepat dan betul hasil latihan dengan nutritionist Shaklee, bukan informasi copy paste dari blog pengedar Shaklee lain. Dalam team. juga ada pakar DETOX yang berpengalaman dalam isu detox seluruh badan dari organ, heavy metals, sel dan DNA.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 017-2800 727(master jiji)

Monday, 26 December 2016

Majukan Bisnes Shaklee Bermula Dengan Supervisor

Dalam bisnes Shaklee, pangkat supervisor adalah pangkat paling kritikal.Supervisor perlu strong.Semasa menjadi Supervisor lah kita belajar untuk kembangkan team.Bila di pangkat Supervisor  strong,in syaa Allah, kita akan membuka masa hadapan yang cerah dalam Shaklee. Dan semasa menjalankan bisnes Shaklee kita perlu betul-betul mindset kita nak jadi macam mana.Sama ada nak kekal dalam pangkat Supervisor ataupun nak naik pangkat seterusnya iaitu Senior Supervisor, Coordinator,Senior Coordinator,Key Coordinator, Senior Key Coordinator, dan juga Master Coordinator.Semakin meningkat pangkat, semakin banyak bonus yang kita dapat.Jadi, sekarang kena mindset pangkat mana yang kita mahu capai.Bila ada target, barulah ada usaha ke arah tersebut .




Untuk berjaya dalam Shaklee, kita perlu menjadi Supervisor dan juga business leader yang mantap.Barulah kita dapat bina downline yang mantap. Dan minda kita perlu mindset untuk train downline kita jadi business leader dan bukannya ajen.Bila kita berjaya untuk lahirkan seorang  business leader, barulah business kita senang untuk berkembang.Dia akan membiak-membiak dan terus membiak.Dan semua itu perlukan usaha dan juga kotmitmen.Banyak kita usaha,banyak lah yang kita dapat, in syaa Allah.Tapi jika ada usaha, kaedah dan strategi tak betul, tak akan berkesan juga.Jika ada usaha, strategi dah betul tapi tak jaga hubungan dengan ALLAH, tiada gunanya juga.Sebab, rezeki semuanya dari ALLAH.ALLAH adalah penentu segalanya, jadi tolonglah jaga hubungan dengan Allah.Banyakkan berzikir, selawat,solat sunat.Paling penting, jangan tinggalkan solat wajib, ibadah-ibadah wajib.

Saturday, 24 December 2016

Cara Memulakan Perniagaan Dengan Bina Hubungan Dengan Pelanggan

Pesanan tuan Seth Godin kepada para penjual:Menurutnya, penjual perlu cipta suasana proses menjual yang unik untuk satu-satu pelanggan.Setiap pelanggan perlu dilayan dengan cara yang berbeza.Layan pelanggan secara unik mengikut kesesuaian sehingga ia menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.Mudah-mudahan mereka inilah yang akan menjadi duta produk kita.Membina hubungan dengan pelanggan memerlukan seni seni yang tersendiri.Dan seni ini boleh dipelajari dan dilatih.


Antara tips-tips yang boleh dipraktikkan bagi membina hubungan adalah kita kena tanamkan dalam ‘mindset’ kita yang pelanggan itu adalah pelanggan adalah pelanggan tetap kita.Anggap mereka tidak tahu menahu akan produk atau kelebihan produk yang kita bawa.Fahamkan mereka dengan bersungguh-sungguh walaupun kita tahu bahawa mereka telah arif tentang produk tersebut.dan penyampaian perlulah berhemah serta berlapik supaya mereka tidak napak seperti ingin mengajar mereka.

Seterusnya, mulakan komunikasi dengan modal percakapan yang umum.Elak mulakan komunikasi terus kepada produk atau servis.Biarkan pelanggan selesa dengan kita dahulu.Mulakan perbualan ringan seperti menyentuh isu keluarga, pelajaran, pekerjaan dan sebagainya.Setelah mereka selesa, barulah perlahan-lahan kita mulakan strategi menjual.

Tips seterusnya adalah amalakan prinsip empati dalam menonjolkan diri.Empati tidak sama dengan simpati.Empati lebih kepada meletakkan diri kita di sisi pelanggan.Setiap proses jualan perlulah dipersembahkan dengan dengan teratur mengikut ‘flow’ yang betul.Setiap penerangan produkperlulah ada mukaddimah.Kemudian diikuti dengan penerangan prosedur dan diakhiri dengan solusi.

Itulah serba sedikit tentang cara nak bina hubungan dengan customer.Harap bermanfaat.

Friday, 23 December 2016

Kelebihan Vitamin B-Complex Untuk Student

Vitamin Shaklee kesukaan saya Adalah B-Complex.B Complex ini sangat  baik diamalkan oleh pelajar terutama pelajar universiti.Pelajar universiti ni terlibat dengan banyak aktiviti antaranya kelas, siapkan tugasan ,ujian, periksa, aktiviti kolej, aktiviti universiti dan sebagainya.Aktiviti yang terlalu banyak menyebabkan pelajar mudah rasa penat dan hilang fokus.Bebanan kerja yang berat kadang-kadang boleh menyebabkan tekanan yang terlalu tinggi dan menyebabkan kemurungan.Pernah juga saya dengar luahan dari seorang pelajar.Dia kerap demam, sakit- sakit kerana terlalu banyak kertas ujian yang perlu dia hadapi.Setiap kali ada test atau exam, antibodinya mula lemah.

Inilah yang saya cuba bantu pelajar sebab saya sendiri alami perkara yang sama. Kepenatan yang dirasa buat saya mudah stress, murung, selalu berfikiran negatif dan selalu sangat rasa mengantuk.Sewaktu lecturer mengajar pun boleh tertidur.Dan, Alhamdulillah saya telah dipertemukan dengan B-Complex  Shaklee yang mana berkesan dan selamat.Bukan senang nak cari supplemen yang selamat sekarang.Nak tau tak setiap tahun, Shaklee membelanjakan RM 1 Billion ntuk R&D setiap produk yang ada.Cuba check supplemen lain selain Shaklee, ada tak company tu  spend at least RM 10 uta untuk R&D.

Bagaimana B-Complex membantu mengatasi tidur ni?Ini sebab B-Complex ni membantu proses penukaran makanan kepada tenaga.Ia membantu penghadaman, menukar lemak, protein dan karbohidrat kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.Selain itu, B-Complex ini mencegah anemia.Ia membantu pembentukan sel darah merah yang sihat.Bila sel darah merah baik, ia memudahkan proses penghantara oksigen ke otak.Jadi , masalah mengantuk pun akan semakin berkurangan.

B-Complex juga melawan tekanan.Ia memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan juga insomnia.Pernah saya gunakan B-Complex ni sebelum  presentation dan juga  perlawanan badminton, ia sangat membantu saya dalam hilangkan rasa gugup.

Jika berminat untuk dapatka B-Complex, boleh hubungi saya najimah di 017-2800 727

Thursday, 22 December 2016

3 Aktiviti Semasa Cuti Semester Yang Boleh Saya Lakukan

Alhamdulillah, tak lama lagi nak cuti semester...Sekarang ini tengah merancang aktiviti yang boleh dilakukan semasa cuti semester.Tengah merancang aktiviti-aktiviti yang dapat memberi manfaat pada orang lain dan juga diri sendiri.Cuti semester adalah waktu yang terbaik untuk kita luangkan masa bersama mak ayah, adik-adik dan juga sanak saudara.Cuti semester pun tak lama , hanya sebulan je.Jadi kena betul-betul manfaatkan masa sebulan ni untuk berbakti pada mak ayah.Agak -agak, aktiviti apa ye yang boleh kita lakukan sepanjang cuti semester ni?


Aktiviti pertama yang ingin saya lakukan tolong mak kemaskan rumah.Antaranya termasuklah cuci pinggan, basuh baju, lipat kain.Kalau sebelum ni, kurang rajin nak buat-buat kerja tu, sekarang dah kena rajin la.Biarlah balik nanti, mak ayah nampak perubahan kita.Ooo..anak aku dah berubah.Haha.
 
Sepanjang cuti, boleh juga bercucuk tanam.Seronok sangat bila tengok pokok yang kita tanam hidup.Cuti semester sebelum  ni pernah tanam pokok cili dan sayur bayam.Alhamdulillah, hidup dengan baik pokoknya.Tiap-tiap pagi keluar rumah nak tengok pokok dah besar ke belum.Ada penyakit tak pokoknya.Haha.Tak sabar nak balik ni , nak tengok pokok cili dah dapat keluar cili banyak ke tak.Sayur bayam yang ditanam sebelum ni, dah dapat dituai.Dah makan pun.Dapat makan sayur organik.Alhamdulillah.Kepada rakan-rakan, cuba la tanam sayur-sayur di rumah.Pasti tak akan menyesal.

Kemudian, boleh juga jalan -jalan ke pekan.Lama tak jalan ke pekan Gerik ni.Dulu suka sangat ke Pasar Tani dan Pasar Malam.Nak beli makanan pelik-pelik dan sedap-sedap.Ya Allah, lamanya tak balik.Teringin jugak nak pergi Pekan Baling.Agak lama tak jejak Pekan Baling.

Tekad balik cuti semester ni tak nak malas-malas...mudah-mudahan

Wednesday, 21 December 2016

Cara Saya Atasi Masalah Mengantuk Semasa Belajar Dengan B-Complex

Vitamin Shaklee kegemaran saya adalah B-Complex.Mula- mula, saya ingin ambil Shaklee sebab saya nak hilangkan rasa kepenatan.Saya juga cuba nak atasi masalah mengantuk.Selalunya waktu , senang saja rasa mengantuk terutama sekali  sewaktu lecturer mengajar.Saya dah cuba bukak mata saya ni luas-luas, tapi tengok-tengok saya  terlelap juga.Alahai, rasa geram pun ada.Banyak tak dapat fokus semasa lecturer ajar menyebabkan saya susah untuk faham sesuatu subjek tu.Bukan saya tak nak berubah,saya nak sangat berubah.Saya nak jadi pelajar cemerlang.Saya nak siapkan assignment awal-awal.Saya nak jadi pelajar yang baik.Saya nak jadi anak yang berguna , yang dapat bahagiakan mereka dunia dan akhirat.




Kadang-kadang air dah minum banyak, tapi masih juga mengantuk.Jadi, saya cari jalan penyelesaian. Mungkin sebab pemakanan saya yang tidak betul.Saya juga rasakan saya ni seperti tak cukup nutrien.Muka sentiasa nampak letih.Kawan- kawan pun selalu tegur.Dan ditakdirkan, saya mula berkenalan dengan Shaklee.Produk Shaklee yang saya mula-mula makan adalah B-complex.Mula –mula makan B-Complex, rasa macam lain sikit.Saya telan 2 biji B-Complex waktu tu.Lebih kurang pukul 3 petang selepas makan.Rasa macam otak ni cukup oksigen pulak.Haha.Rasa lebih segar.

 Sekarang saya semakin  sayangkan B-Complex.Sentiasa bawa ke mana-mana sahaja.Sewaktu rasa tertekan, saya makan B-Complex, sewaktu rasa gugup saya makan B-Complex, sewaktu mangantuk saya makan B-Complex.Kalau ada je simptom mengantuk, rasa gugup, rasa tertekan, saya terus telan B-Complex, sangat membantu.Paling best makan B-Complex selepas makan tengah hari, memang terasa kesannya.Selalunya selepas tengah hari, mudah sangat rasa mengantuk.Cara nak atasinya, telan B-Complex selepas makan.Selepas telan, rasa mengantuk pun hilang.Tapi tak jadi tau, kalau kuantiti air yang diminum tak cukup.Itulah serba sedikit,pengalaman saya makan B-Complex.

Untuk membeli B-Complex, boleh hubungi saya 017-2800 727(najimah)


Thursday, 15 December 2016

Cara Bayar Hutang PTPTN Dengan Bisnes Shaklee Online

Assalamualaikum…Jom kita cerita tentang PTPTN. Ada ambik PTPTN?Kebanyakan dari kita terpaksa ambil PTPTN demi meneruskan pengajian kita di universiti.Demi masa depan, kita terpaksa pinjam PTPTN.Namun, risiko yang harus dihadapi.Nak pinjam memang senang, tapi nak bayar semula hutang PTPTN memang cukup susah.Tambahan pula, jika bertangguh bayar hutang PTPTN, semakin meningkat jumlah wang yang perlu dibayar.


Nak Bebas


Pernah terjadi kepada mak cik saya, dia pinjam PTPTN sebanyak RM 15 000 sewaktu belajar.Dan selepas habis belajar, dia ada bayar jugak PTPTN.Tapi dia bayar secara tak konsisten.Sehingga lah berkahwin dan dapat anak.Selepas dapat anak, dah kena berhenti kerja sebab nak jaga anak.Jadi, bertambah susah la nak bayar PTPTN.Dan baru-baru ni, makcik saya dapat notis dari PTPTN.Dia perlu bayar hutang PTPTN sebanyak RM 18 000.Dari RM 15 000 jadi RM 18 000.Mujur la, dia boleh bayar hutang PTPTN guna KWSP.Selesai masalah.

Pendapat saya, hutang PTPTN perlu dibayar secara konsisten setiap bulan dan langsaikanlah hutang PTPTN awal-awal.Jangan sampai jadi macam mak cik saya, kena bayar bunga.Tapi apa-apa pun ,Alhamdulillah rezeki mak cik saya dapat jugak langsaikan hutang PTPTN.Jadi, untuk langsaikan hutang PTPTN selepas habis belajar, kita perlu pastikan sumber kewangan kita kukuh.Tapi, cukup ke gaji seribu lebih , dua ribu lebih sebulan .Nak bayar itu, nak bayar ini, akhirnya jadi susah nak bayar hutang PTPTN

Cara terbaik untuk bayar hutang PTPTN adalah dengan memulakan perniagaan.Tapi,tak tau nak meniaga apa?.Tak pandai nak meniaga?Oleh itu, saya cadangkan anda memulakan perniagaan dengan meniaga Shaklee secara Online.Apa bagusnya Shaklee ni?

  • Memulakan perniagaan dengan kos yang minima. Hanya bayar kos untuk jadi ahli Shaklee sebanyak RM 69 ringgit bagi seumur umur.Kemudian,banyak mentor-mentor yang mengajar anak shakleenya meniaga secara zero cost marketing.Tidak perlu keluar modal banyak.Tugas anda hanya share value diri anda dan juga value pada produk.

  • Dapat mentor.Dalam perniagaan Shaklee, anda mudah untuk mencari mentor.Banyak mentor-mentor yang telah berjaya dalam Shaklee ni.Shaklee juga ada banyak kelas, banyak program.Jadi, jangan bagi alasan anda tak pandai berniaga.Tunjuk ajar akan diberi, tugas anda hanya follow dan buat.Nak jadi orang berjaya, follow orang yang berjaya.

  • Produk Shaklee terkenal.Ramai orang kenal.Jadi tidak perlu bersusah payah buat iklan bagi orang kenal produk anda.

*Produk Shaklee juga berkesan dan selamat digunakan.Yang paling penting, halal.Banyak kajian-kajian yang dijalankan pada setiap produk Shaklee.Banyak juga testimony Shaklee yang berjaya.


Nak berjaya dalam Shaklee, boleh call saya di 017-2800 727 (JIJI)

Tuesday, 13 December 2016

7 Amalan Doa Dan Zikir Untuk Melancarkan Urusan Bisnes

Assalamualaikum pembaca yang budiman…Hubungan dengan ALLAH adalah perkara utama untuk melicinkan urusan kehidupan kita di dunia dan akhirat.Jika kita jaga hubungan dengan ALLAH, ALLAH akan jaga kita.Janji ALLAH benar dan ALLAH Maha penyayang, ALLAH Maha Pemurah.Banyak perkara yang terjadi pada kita yang sebenarnya ALLAH ingin menguji kita sama ada dalam bentuk musibah mahupun nikmat.Adakah kita sabar ataupun tidak.Pernah tak rasa yang ALLAH ni sangat baik kepada kita.Memang ALLAH ni Maha Penyayang, walaupun kita ni banyak buat dosa tapi ALLAH masih beri nikmat pada kita.


\
Pernah terjadi sewaktu nak exam, malam tu ada usrah.Hati ni terbelah bahagi  nak pergi usrah atau nak study.Sebab tak prepare lagi untuk exam esok ni.Waktu tu rasa malas sangat nak pergi usrah.Risau takut esoknya tak dapat jawab exam.Tapi terngiang-ngiang ayat ni di fikiran.Siapa bantu agama ALLAH, nescaya ALLAH akan bantu dirinya.

Lagipun dalam seminggu terlalu sedikit pergi ke majlis- majlis ilmu agama.Jadi malam tu, saya pergi usrah.Saya cuba positifkan minda saya.Dalam hati saya ulang-ulang cakap, in syaa ALLAH, ALLAH bantu.Selepas balik dari usrah, saya tak study pun.Biasanya,saya tidur awal,susah sekali saya untuk stay up study.Bukannya tak nak stay up.Dah cuba pun, tapi memang tak effective untuk study malam-malam.Jadi, saya tidur je lah dengan harapan esok pagi dapat bangun  awal untuk study.

Pagi-pagi tu, saya bangun dan pulun habis-habisan sebelum mulanya exam.Banyak lagi ni chapter tak habis.Jadi ,saya baca secara random.Saya fokuskan mana-mana yang saya rasa penting.Bila masuk exam, bukak kertas,tengok-tengok keluar soalan yang saya fokus tadi.Alhamdulillah.Walaupun ada juga soalan-soalan yang tak dapat jawab, sekurang-kurangnya,banyak juga soalan yang dapat jawab.Keluar dari exam pun hati rasa lega.Alhamdulillah.

Bukan sekali kejadian berlaku macam tu, banyak kali jugak la.Jadi lama-lama saya sudah dapat atasi perasaan gugup semasa exam.Perasaan takut tu ada juga, tapi tak seteruk sebelum –sebelum ni.Saya rasa mesti anda juga pernah alami situasi  macam ni kan.Jadi, lihat betapa ALLAH sayangkan kita.

Bersangka baik dengan ALLAH tu paling penting.ALLAH sentiasa mendengar doa hambanya.
Saya pernah berdoa macam ni”Ya ALLAH, aku kekurangan duit sekarang ni, bantulah aku”.Alhamdulillah, ada kawan belanja makan, 2 hari ada jamuan kelas, dapat seratus ringgit.dapat sepuluh ringgit.Alhamdulillah,rezeki yang tak disangka-sangka.

Begitu juga dalam peniagaan, sebagai peniaga menjaga hubungan dengan ALLAH tersangatlah penting supaya kita tidak mudah lemah semangat dan terus berputus asa.Banyak kisah-kisah ajaib yang saya baca dan dengar dari peniaga-peniaga.Begitu ALLAH Maha pengasih kepada hamba-hambanya.Selain berusaha banyakkan berdoa dan berzikir.Pertama, banyakkan beristighfar untuk bersihkan hati-hati kita ni.Kedua,banyakkan selawat kepada rasulullah saw.,Ketiga,mengamalkan ayat kursi.Keempat, doalah diwaktu 1/3 malam.Kelima, mintak mak yah doakan kejayaan kita.Keenam, istiqamah membaca ayat seribu dinar sebagai amalan harian, beserta tingkatkan ketakwaan kepada ALLAH.Ketujuh adalah melazimi membaca surah al Waqi’ah.Apa-apa pun , yakinlah serta letakkan sepenuh pengharapan kepada ALLAH.

Jadi, selepas solat tu, jangan cepat-cepat tinggalkan tempat solat.Zikir, doa sungguh-sungguh pada ALLAH.Jangan sombong dengan ALLAH.Kita ni lemah, jadi mintaklah pertolongan dari ALLAH.Yakin dengan pertolongan ALLAH.Sama ada cepat atau lambat, in syaa ALLAH, ALLAH akan kabulkan doa kita.Dan jangan salahkan takdir.ALLAH dah aturkan yang terbaik untuk kita.Tugas kita, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk jadi hamba ALLAH yang baik.Buat yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang.Dan menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi ni.


Monday, 12 December 2016

5 Khasiat Petai Yang Penting Untuk Kesihatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera…hari ni suka saya kongsikan tentang sayur kesukaan saya.Cuba teka apa dia?Tidak lain dan tidak bukan apalagi kalau bukan petai.Nama saintifiknya, Parkia Speciosa.Ulam tersedap dalam kalangan yang sedap.Sejak kecil lagi suka makan petai.Suka sangat terutama sekali kalau buat tumis petai.Memang superb.Tambah-tambah kalau tumis petai mak yang buat.

Nampak Gambar Tumis Petai Je Pun Dah Terliur


Tapi saya tahu, ramai je yang tak suka makan petai.Alasannya, bau busuk. Ya, itu kenyataan.Bau petai memang busuk.Bau busuknya adalah bau gas metana semulajadi yang tersimpan di dalam kekacangnya.Tapi, busuk-busuk petai pun, banyak  khasiatnya.Petai ni mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi.Buah petai juga ada kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan juga vitamin C.

Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis,mencuci buah pinggang serta mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang mempunyai cacing di dalam badan.Berdasarkan informasi dari Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia,En.Tajuddin Abd. Manap,kandungan klorofil dalam biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit, memastikan kesegaran tubuh dan memperbaiki sistem penghadaman pengamal.Beruntungnya  orang yang makan petai walaupun petai bau busuk.

Ayah saya pandai panjat pokok petai.Bab –bab kerja kampung ni memang ayah saya pandai.Alhamdulillah, rezeki ayah dan keluarga.Ayah tak ada pokok petai pun tapi ayah panjat pokok petai orang.Nak panjat pokok petai bukan senang tau, tambah pokok petai yang tinggi.Lepas dapat  petai , petai tu dibahagi dua.Untuk tuan pokok dan untuk ayah.Ayah bawak balik, anak dia yang lahap.Rezeki, tak perlu beli petai kalau nak makan petai.Moga ayah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.Kadang risau jugak ayah buat kerja-kerja yang berisiko ni.Fikir yang baik-baik je.

Jadi, apa yang dibuat dengan petai tu?.Macam-macam boleh buat.Buat tumis petai,  ulam petai cicah dengan sambal tempoyak ,buat  jeruk petai dan banyak lagi.Apapun, kena beringat, makan petai dalam kuantiti yang banyak juga tidak baik untuk kesihatan kerana petai mempunyai kadar asid amino yang tinggi yang boleh mengakibatkan komplikasi pada ginjal.Jadi, makan lah berpada-pada.Makan pun kena sesuai pada masa, supaya tak ganggu keselesaan orang lain.Kalau boleh janganlah makan petai sebelum solat Jemaah, kasihan orang yang duduk sebelah kita tu.Nak solat pun terganggu dengan bau yang tidak menyenangkan.

Mulai hari ni, perbanyakkan lah makkan sayur- sayuran.Kita kena makan makanan seimbang, cukup serba-serbi.Dan nak lebih bagus makan vitamin/supplemen Shaklee untuk top up nutrient dalam badan.Hakikatnya, makanan kita hari ini dah kurang khasiat berbanding dulu-dulu.Tambah-tambah,sekarang ni banyak sayur yang disembur dengan pesticide sebelum dijual.Kasihan lah badan kita.


Sunday, 11 December 2016

Hobi Bermain Badminton Sejak Usia 7 Tahun

Assalamualaikum…Saya nak kongsikan hobi saya sejak dari kecil sehiggalah sekarang.Saya ni suka sangat dengan sukan badminton.Terpengaruh dengan Lee Chong Wei rasanya.Kalau Malaysia lawan dalam mana-mana tournament, mesti duduk depan TV.Jadi penonton dan penyokong setia.Kalau menang tu, bertepuk sakan.Mulalah mak ayah jeling.”Ji dapat hadiah ka?”.Amboi, mak ayah perli.hihi.Selalu dah mak ayah keluarkan ayat tu.Dah tak kisah dah.



Pasukan Kolej 14, UPM




Minat yang mendalam terhadap badminton membuatkan saya aktif dalam sukan badminton.Walaupun sewaktu sekolah rendah, sekolah tak hantar wakil untuk sukan badminton, tapi tiap-tiap petang ,saya mesti berlatih badminton.Sedih tau, sekolah tak hantar wakil untuk badminton, kalau tak saya rasa saya dah wakil Negeri  Perak dah.Hehehe, perasan.

Dan saya teruskan minat badminton di sekolah menengah.Di sekolah menengah, saya dapat wakil sekolah.Dan waktu form 1, saya mewakili Daerah Hulu Perak ke peringkat negeri.Tapi , di peringkat negeri saya out la kalau bertemu pemain negeri.Standard kitorang jauh berbeza.Biasanya pemain negeri ni duduk dekat Daerah Kinta dan Larut Matang Selama.Kadang jealous jugak dengan mereka ni, mereka ada kemudahan yang cukup, training yang cukup, competition belambak.Di tempat saya susah nak dapat semua tu.nak cari kawan untuk main pun susah.Nak cari tempat berlatih pun susah.Jadi, semangat saya untuk jadi pemain badminton standard  negeri semakin menurun.Dalam fikiran, dah block kata tiada harapan.Apa-apa pun saya terus main badminton, wakil sekolah.Dapat harumkan nama sekolah di peringkat daerah pun jadilah.

Tak sangka, di universiti pun masih bergiat aktif dalam sukan badminton.Dapat wakil universiti di Sukan IPT sekali pun dah cukup baik bagi saya.Dah rasa puas.Dah rasa dapat tebus balik kekecewaan sebelum ni.Walaupun tak menang,  tapi rasa puas.Dapat jumpa pemain-pemain kebangsaan.Yang bestnya di universiti ni ,saya jumpa geng badminton.Saya jumpa kawan perempuan yang betul-betul minat badminton.Sebenarnya,cukup susah nak cari kawan perempuan yang gila badminton.Jadi kalau nak main tu jadi susah, nak main dengan sapa.Alhamdulillah, dah jumpa mereka ni, jadi nak main badminton tu jadi senang.Time free, pakat turun main.Dan, disebabkan hobi yang sama,kami jadi tak kekok.Dah rasa selesa.Kalau tak ada topik nak cakap, cakap pasal badminton aje la.Haha.

Keluar Makan Bersama Kawan Badminton



Saturday, 10 December 2016

Target 2017 Yang Saya Mesti Capai 1 Tahun Dari Hari Ini



Mempunyai  target dalam kehidupan adalah lebih baik daripada tidak mempunyai target.Dalam hidup, kita mesti ada target.Target untuk jangka masa pendek dan juga target untuk jangka masa panjang.Apakah target  anda  yang mesti anda capai 1 tahun dari hari ini ?Nanti konsikan target anda dengan saya di ruangan komen ye.Saya kongsikan dulu target saya yang mesti saya capai 1 tahun dari hari ini.



Target Dapat 21 % Bonus Shaklee Setiap Bulan


Andaikan hari ini adalah 11/12/2017, apa yang saya alami adalah saya semakin berjaya dalam bisnes shaklee.Semakin hari semakin ramai customer datang membeli  Shaklee dengan saya dan semakin ramai pengguna Shaklee yang repeat order.Selain itu, medium pemasaran saya seperti blog, FB page , FB personal dan juga instagram semakin kukuh,semakin ramai followers dan semakin ramai  potential buyers.Dan, sebagai pengguna dan penjual  Shaklee, saya semakin expert tentang produk-produk Shaklee, semakin expert tentang masalah yang dihadapi customer dan penyelesainnya.Saya juga sudah memiliki banyak testimoni berjaya daripada diri sendiri dan customer-customer yang membeli Shaklee dengan saya.Dan, saya juga berjaya membuat sales 5 angka setiap bulan secara konsisten.Dan yang paling penting, saya sudah memiliki beberapa orang downline yang bergiat aktif dalam jualan Shaklee.

Selain bisnes, saya juga semakin berjaya dalam pelajaran.Saya sentiasa perform dalam test dan juga exam.Dan yang paling penting saya semakin menguasai  ilmu pertanian.Dan minat saya terhadap pertanian semakin mendalam.Saya sudah pandai dan bijak dalam membahagikan masa antara study, bisnes dan kewajipan kepadaNya.Dan saya  menjadi seorang yang berilmu, yang positif, yang berkeyakinan dan bersemangat.Hubungan saya dengan ALLAH juga semakin baik, semakin saya bergantung padaNya.Semakin senang bagi saya untuk melakukan perkara-perkara baik.Hubungan dengan manusia juga semakin baik.Sentiasa berbuat baik pada mak ayah, saudara mara, sahabat, rakan taulan.Dan juga menjaga hubungan baik dengan makhluk-makhluk ALLAH yang lain.

Itulah harapan saya satu tahun dari sekarang.Semoga target saya tercapai.Untuk capainya, perlukan perjuangan.Usaha, doa dan tawakkal.Jom kita sukses dalam hidup.

Monday, 5 December 2016

Senarai Harga Shaklee 2017







Assalamualaikum..ini harga terkini Produk Shaklee.Anda boleh dapatkan produk Shaklee dari saya  Pengedar Shaklee Seri Kembangan.COD untuk Seri Kembangan, Seri Serdang dan juga Universiti Putra Malaysia.Harga Produk Shaklee ini adalah tidak berubah dari harga yang ditetapkan oleh HQ Shaklee.




Produk Anti Penuaan

RM 315
 Collagen Powder(RM 315.88)


Vivix (RM 503.50)




Produk Keperluan Nutrien



http://jijimasterji.blogspot.my
ESP-Soy Protein Isolate Powder (RM 159)
Alfafa Complex (L) (RM 103.35)







                                            
B-complex
B-Complex( RM 56.98)



Vita-E Complex (RM157.94)
Vita-Lea Iron Formula(RM 94.08)


Sustained Release Vita-C Plus(98.05)



Produk Antioksida

CarotoMax( RM78.44)



Produk Kesihatan Tulang

OsteMatrix(RM 64.66)




Produk Kesihatan Jantung



Garlic Complex( RM 50.35)





Phytocol-ST (RM208.82)



Produk Kesihatan Pencernaan

Herb Lax(RM 55.65)


Peppermint Ginger Plus(RM 47.70)



Produk Penguat Sistem Imun 

NutriFeron (RM 192.13)



Produk Nutrien Sukan

Performance Orange (RM 87.45)





Hubungi saya 017-2800 727(najimah)





Saturday, 3 December 2016

Pengedar Shaklee Seri Kembangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Nama saya Najimah Binti Mohd Zulkifle.Umur saya 21 tahun.Saya adalah Pengedar Shaklee Seri Kembangan.Jadi, bagi penduduk sekitar Seri Kembangan yang berminat untuk membeli Shaklee boleh hubungi saya.In syaa Allah, saya adalah Pengedar Shaklee Seri Kembangan yang boleh dipercayai.COD di kawasan Seri Kembangan,Seri Serdang dan juga Universiti Putra Malaysia.

In syaa Allah, inilah hobi saya iaitu bermain badminton.Saya ni agak fanatik dengan badminton sejak dari kecil.Jadi , kalau berminat nak lawan badminton dengan saya boleh call saya.Makanan kegemaran saya adalah lamb chop, buah-buahan, rojak buah.Dan minuman kegemaran saya adalah carrot susu, bandung cincau, air kelapa.Dan cita-cita saya adalah untuk menjadi insan yang berjaya di dunia dan juga di akhirat.Itu sahaja dari saya .Selamat berkenalan.

Sejarah Produk Shaklee: Dr.Forrest C.Shaklee

    Bismillahirrahmanirrahim...menarik apabila ketahui Sejarah Produk Shaklee ni   terutamanya sejarah berkaitan Dr. Forrest C.Shaklee ....