Friday 25 November 2016

Target Saya Dengan Income Shaklee 20 Tahun Nanti

Assalamualaikum.hai semua.kali ni nak cerita tentang masa depan.Saya mempunyai impian saya sendiri dan saya yakin anda juga mesti ada impian kan.Nak beli rumah, kereta mewah, keluarga bahagia dan sebagainya.

Ini impian dan target saya 20 tahun akan datang.Sekarang umur saya 21 tahun.20 tahun lagi umur saya akan jadi 41 tahun.Alamak dah tua waktu tu.Dapat la gelaran mak cik waktu tu.Mak cik pun, mak cik lah.Harap jadi mak cik yang mencurahkan jasa pada agama dan bangsanya.Impiannya adalah untuk menetap sepunuhnya di kampung saya sendiri.Boleh jaga mak ayah.

Waktu usia itu cadangnya ,saya sudah ada kebun buah sendiri, kebun sayur sendiri di kampung saya.Saya nak buat secara komersial.Teringin nak bukak peluang pekerjaan untuk anak- anak muda di kampung tu.Di waktu tu saya bayangkan saya dapat bantu ramai orang.Waktu buah , sayur mengeluarkan hasil, boleh la dikongsi bersama jiran-jiran,selebihnya dijual.Saya teringin nak jual buah dan sayur yang murah dan berkualiti kepada penduduk setempat saya.Boleh la kurangkan kos sara hidup penduduk di situ.

Mungkin ada yang kata macam ni kan"ek, eleh.angan-angan mat jenin betul la jiji ni".Erm, ye ke kawan, angan-angan mat jenin ke saya ni.Please, bagi support pada saya.Kadang saya rasa down.Kadang, saya kurang konfiden untuk untuk capai impian tu.Tapi, kawan-kawan nak tau tak , itulah impian saya dari kecil.Saya nak bantu mak ayah saya dan saya nak buktikan yang anak seorang petani juga boleh berjaya.Saya nak sambung pekerjaan ayah saya sebagai seorang petani, dan menjadi seorang petani yang berjaya.Saya datang belajar pertanian, bukan sebab itu last choice saya, tapi itulah first choice saya .Demi membuka peluang untuk mencapai cita-cita saya.Alhamdulillah, saya dipermudahkan untuk masuk ke asasi sains pertanian dan meneruskan pengajian dalam bidang pertanian.In syaa Allah, Allah akan buka lagi jalan untuk saya capai impian saya.Yang penting sekarang saya perlu kuasai ilmu pertanian dan belajar bersungguh-sungguh.

Mula-mula saya nampak malap untuk mencapai impian tersebut.Tetapi baru ni saya tertarik dengan ayat ni.Bersangka baiklah dengan Allah.Yakin lah dengan pertolongan Allah, minta lah dengan Allah.Yang mengatur semua ni Allah, tiada yang mustahil.Ye, betul tu, dan saya harus buat apa yang Allah suka.Selalu berusaha dan selalu berdoa.Selalu buat baik pada makhluk lain.

Demi mencapai impian tersebut, saya juga sudah start business semasa belajar iaitu business shaklee.Saya pilih Shaklee kerana saya jumpa mentor yang saya rasakan sangat beruntung bertemu dengan beliau.Beliau bukan setakat ajar tentang business, tapi banyak motivasi yang beliau bagi membuatkan kita ingin dekat dengan Allah.Saya juga pilih Shaklee sebab produk Shaklee merupakan produk yang mementingkan kelestarian alam, kesihatan pengguna, produk semula jadi, kajian yang terperinci, produk yang berkesan.Sesuai dengan jiwa saya.Sepanjang saya belajar pertanian, seringkali saya dengar lecturer cakap, terlalu banyak racun-racun yang digunakan dalam pertanian, terutama di Malaysia ni.Bahaya tau untuk kesihatan.Tak hairanlah, kes kanser semakin hari semakin meningkat.Tambah pula dengan GMO.Tapi, Shaklee lain.Bahan mentah shaklee dihasilkan secara organik.Tiada GMO.Kalau bohong, kenapa , menurut landmark study, menunjukkan kesihatan orang yang menggunakan shaklee lebih sihat berbanding yang guna supplimen lain atau yang tak guna supplimen langsung.

Alamak, maaf.Shaklee lagi.Haha.Cuma nak cerita,  jual shaklee adalah langkah pertama saya untuk capai impian saya menjadi petani yang berjaya.Kalau tak ada duit macam mana nak bukak kebun.Nak buat semua tu, perlukan perbelanjaan yang besar.Saya tak nak buat loan bank.Merana nanti.Jadi first,saya perlu berjaya dalam business shaklee.Selepas dah kumpul banyak duit, boleh bukak kebun secara berperingkat-peringkat.Waktu usia 27  tahun,dah kena bukak kebun dan ketika usia 41 tahun, in syaa Allah,saya akan dapat hasilnya.Dan boleh la saya menetap di kampung dan tinggal bersama mak ayah.Moga dipermudahkan semuanya.

No comments:

PENGEDAR SHAKLEE UPM, SERDANG DAN SERI KEMBANGAN 013-4750347

Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga UPM , Serdang dan juga Seri Kembangan yang ingin dapatkan produk Shaklee secara COD Boleh hubungi ...