Monday 14 November 2016

Kepentingan Perpustakaan Kepada Pelajar Di Universiti

Setiap orang mempunyai citarasa sendiri dalam memilih tempat mengulangkaji.Ada orang suka mengulangkaji di tempat orang ramai, ada orang suka mengulangkaji di tempat yang sunyi.Oleh itu, suasana belajar yang berkesan hanya dapat ditentukan oleh pelajar itu sendiri.

Jika anda tanya saya soalan sebegini"di mana ye tempat paling best untuk ulang kaji?' jawapan saya sudah tentu di perpustakaan.Kenapa saya katakan perpustakaan?Kerana terdapat banyak kelebihan perpustakaan berbanding tempat-tempat lain.Antaranya:

1.Perpustakaan suasananya lebih tenang
Suhu di perpustakaan tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.Jadi pelajar dapat mengulangkaji dengan lebih tenang.Selain itu, keadaan di perpustakaan tidak serabut.Lebih tersusun dan teratur. Seterusnya,suasana di perpustakaan tidak terlalu bising, jadi mudah bagi pelajar untuk fokus ketika mengulangkaji

2.Di perpustakaan ada aura belajar
Hal ini demikian kerana ramai orang yang nak belajar datang ke perpustakaan.Apabila kita lihat orang sekeliling kita belajar,secara automatik semangat kita untuk belajar turut datang.Tambahan di perpustakaan terdapat banyak buku.Apabila kita dikelilingi buku, aura belajar tu pasti datang

3.Perpustakaan adalah tempat yang paling sesuai bagi mereka yang mudah mengantuk ketika belajar
Di perpustakaan tiada katil.Kalau anda mengulangkaji di bilik,anda nampak katil.Kalau rasa mengantuk sikit,terus anda baring.Kalau baring sekejap tu tak apa, tapi kalau dah sampai berjam-jam,bukan ke itu merana.


Jadi, itula serba sedikit pendapat saya tentang perpustakaan.Jika ada masa senggang,manfaatkanlah masa tersebut untuk mengulang kaji.Jika tiada semangat untuk mengulangkaji, datang la ke perpustakaan,in syaa Allah, aura positif tu akan datang.



Perpustakaan sebagai sumber ilmu

Suasana pembelajaran yang lebih kondusif


2 comments:

Unknown said...

Dulu time sekolah, boleh kire berapa kali saya pegi library. Hihi. :)

Then kat uni, saya mcm rajin sikit but still tk begitu rajin utk duduk library, sbb terlalu senyap and mcm stress tgk semua budak pandai kt situ. hihi. lain kan?

Unknown said...

haha..lain.itu la setiap orang ada cara belajar dia sendiri

PENGEDAR SHAKLEE UPM, SERDANG DAN SERI KEMBANGAN 013-4750347

Assalamualaikum dan salam sejahtera Warga UPM , Serdang dan juga Seri Kembangan yang ingin dapatkan produk Shaklee secara COD Boleh hubungi ...