Friday, 18 November 2016

Jangan Bersedih Kerana Allah Sentiasa Bersamamu



Ada satu hari tu, saya terkejar-kejar  ke sana ke mari.Pada petang hari tu,saya terkunci bilik dari dalam.Pada  masa yang sama, kunci bilik saya dan roommate ada dalam bilik.Maksudnya, dua-dua tak dapat masuk bilik.Waktu tu saya nak cepat, nak hantar makanan pada kawan.Saya ingatkan roommate saya bawak kunci spare dia, jadi saya tak kisah sangat.Dalam perjalanan balik, saya dapat call dari roommate tanya mana kunci dia.Alahai, waktu tu risau dah sebab saya  tinggalkan kunci bilik dia  dalam bilik.Risau tak dapat masuk bilik hari tu dan pada masa yang sama kesian pada roommate.

Saya letak call dan hidupkan enjin moto, bergegas ke pejabat kolej untuk cari kunci bilik.Sebelum motor bergerak,tetiba,”pup”  bunyi handphone jatuh ke atas jalan tar.Alahai,remuknya hati.Dah la handphone mak cik bagi.Habis screen phone retak.Saya redha je.Kemudian saya nak cari kunci di pejabat kolej, tapi pejabat kolej tutup.Telefon pak cik pejabat, tak angkat.Alahai, macam mana nak masuk bilik.Kemudian balik la bilik cuba nasib dengan ambik kunci melalui tingkap.Mananya nak sampai,jauh tu.Mujur jumpa seorang kakak ni, dia pakar bukak pintu bilik yang terkunci. Alhamdulillah,dapat tidur di bilik sendiri malam tu.

Selepas dapat bukak pintu bilik ,saya keluar semula sebab ada hal.Fikiran saya dah tak dapat fokus dah.Rasa penat sangat hari tu.Ketika bawak motor, ada kereta  nak masuk simpang tak bagi signal.Biasalah kan , motor suka potong kenderaan sebelah kiri jalan.Saya nak potong kereta tu, tetiba kereta tu belok ke kiri, terkejut saya,cepat- cepat saya elak.Alhamdullilah,selamat walaupun kereta tu sempat langgar belakang motor saya.Alhamdulillah, saya rasa pertolongan Allah pada waktu tu, saya rasa bersyukur sangat tak jadi apa-apa, motor pun baik-baik saje.Saya balik bilik dalam keadaan yang sangat penat.Fikiran saya berserabut.Rasa macam nak menangis.Bukan rasa, dah menangis pun.Macam-macam kejadian berlaku pada hari yang sama.Selepas solat, refleks balik saya buat salah apa hari tu.Pada masa yang sama, saya positifkan diri”mesti ada hikmahnya semua ni”.Baru sikit ujiannya.Orang lain , lagi berat ujian yang mereka perlu hadapi.

Nak dijadikan cerita, tahun 2016 ini adalah tahun yang mencabar bagi saya. Deretan dari peristiwa itu, saya kemudian berpeluang ke konvensyen usahawan online Malaysia.Tak pernah terlibat dalam perniagaan, tetiba gedik nak pergi konvensyen tu.Dari tak nak meniaga semasa belajar, tetiba berubah fikiran untuk meniaga semasa belajar.Dari buat keputusan nak jual produk lain, tetiba buat keputusan nak jual Shaklee.Dari tak kenal Shaklee, sekarang sudah jatuh cinta dengan Shaklee.Dari malu-malu nak post di facebook, kini hari-hari post di facebook.

Moment-moment saya sebelum berniaga Shaklee adalah moment yang paling hebat yang pernah saya rasa.Bukan senang untuk dapat rasa pengalaman seperti ini.Pengalaman baru  bagi saya.Saya rasa bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang guru yang baik, yang ikhlas konsikan ilmu dan rezeki yang dia ada. Dengan segala perkongsian yang diberi, buatkan saya rasa kuat dalam Shaklee ni, seperti ada harapan baru bagi saya.

Detik saya mengenali Shaklee adalah semasa di konvensyen usahawan tersebut.First, saya mula dengar nama Shaklee dari kawan saya di konvensyen itu jugak.Second, saya dengar nama Shaklee dari guru saya.Guru saya dijemput ke hadapan pentas waktu tu untuk kongsikan kejayaan dia dalam perniagaan.Semasa konvensyen tersebut tamat, saya tanpa sengaja pergi ke guru, dan tanyakan dia soalan tapi bukan pasal Shaklee.Entah macam mana, saya buat keputusan untuk meniaga Shaklee sedangkan sebelum tu saya sudah decide nak jual produk lain. 


Semuanya Allah dah aturkan.Dari diri kita sendiri, kita perlu alihkan fikiran kita ke arah yang positif bagi setiap sesuatu perkara yang datang pada kita.Jangan salahkan takdir dan yakinlah Allah sayangkan kita.Allah dengar setiap doa kita.




Post a Comment

Sejarah Produk Shaklee: Dr.Forrest C.Shaklee

    Bismillahirrahmanirrahim...menarik apabila ketahui Sejarah Produk Shaklee ni   terutamanya sejarah berkaitan Dr. Forrest C.Shaklee ....